Followers

Friday, November 04, 2011

Teater Badai Semalam

Setiap hari aku dengar kat stesen radio Sinar mengumumkan satu teater akan dipentaskan di Istana Budaya tak lama lagi. Teater tu bertajuk Badai Semalam nukilan Khadijah Hashim. Ianya bakal dipentaskan di Istana Budaya pada 11 haribulan ini sehingga 20 haribulan.

Lepas tu aku teringat yang aku macam pernah dengar tajuk Badai Semalam. Nak pulak penulisnya Khadijah Hashim. Lepas tu aku terus teringat yang aku pernah baca novel terbabit. Malah aku juga ada simpan novel tersebut. Bagi aku, novel Badai Semalam memang menariklah.

Tak salah aku, kali pertama diterbitkan adalah pada tahun  1968. Dan yang aku simpan adalah cetakan yang keenam iaitu pada tahun 1979






Dibahagian belakang buku ni ada kritikan yang dibuat terhadap novel Badai Semalam

"Badai Semalam" meniupkan semangat baru dalam jiwa kaum wanita untuk hidup dinamis dalam situasi masyarakat moden sekarang ini - Yahaya Ismail Berita Harian 14/11/1968

"Badai Semalam" merupakan kisah kritik masyarakat yang menyemai bibit bibit keinsafan dan menarik perhatian kepada keruntuhan akhlak, ekonomi dan dayafikir - A.Ghani Hamid, Radio Singapura 21/11/1968

Dalam novel ini kita dapati watak seorang gadis yang tabah, sabar dan bersemangat kuat, ideal, bertolak-ansur untuk kemenangan -Agus Salim, Utusan Zaman 15/12/1968

Kisah ini suasana dia bertempat di Tanjung Puteri. Sekarang ni dipanggil Johor Bahru. Kisah ni tetap ketabahan seorang gadis bernama Mazni yang menumpang dirumah orang kaya Harris. Mak Mazni dulunya orang gaji dirumah berkenaan. Mazni belajar tingkatan enam atas. Zaman tu peluang untuk belajar memang susah tak macam sekarang

Walaupun majikan ibunya amat berbesar hati membenarkan mereka tinggal di situ, tetapi pandangan jiran tetangga amat buruk dan negatif terhadap mereka.

Mereka irihati dan cemburu dengan kecantikan dan kebijaksanaan Mazni apatah lagi apabila Karim, anak Encik Haris dan Puan Rohana mula jatuh hati dengan Mazni. Pada mulanya Mazni hanya menganggap Karim sebagai abangnya sahaja.

Karim berjaya menambat hati Mazni untuk bercinta dengannya. Mazni tahu latar belakang Karim yang suka berfoya-foya dan tidak mempunyai komitmen dalam menjalinkan hubungan. Namun Karim mula berubah laku selepas ditimpa kemalangan yang berjaya menginsafkan dirinya.

Layanan mesra oleh Mazni membuatkan Karim beriya-iya ingin memperisterikan Mazni. Banyak tentangan dan fitnah yang dilemparkan, tetapi Karim nekad. Puan Rohana tidak bersetuju kerana tak mahu tanggung malu kerana orang luar mula memperkatakan pasal maruah keluarga mereka. Mazni dan Karim nekad berkahwin.

Dalam pada masa yang sama Mazni menyambung pelajaran di sebelah malam. Hari berganti hari, terlalu banyak dugaan yang mendatang. Mazni terpaksa membahagikan masa dengan pelajarannya. Sedikit sebanyak, Mazni terpaksa mengetepikan kehendak Karim. Mazni berasa kecewa dengan sikap Karim yang mula berubah laku selepas mendirikan rumahtangga.

Karim kembali dengan perangai lamanya yang suka berfoya-foya kerana berasa Mazni mengabaikannya dan sibuk dengan buku. Ending dia Karim meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya.

Untuk maklumat lanjut mengenai teater Badai Semalam, boleh klik sini

7 comments:

Mermaid Ungu said...

ROSLAINI? siyesly?? hehe

alan said...

yup..buku ni kakak aku punya

Afzainizam said...

kali pertama aku membaca novel tu masa aku di sekolah menengah. kalau tak silap aku, buku tu aku pinjam dari library sekolah. sepanjang aku mentelaah memang aku feel habis la dengan watak mazni tu. sampai berhari-hari selepas habis khatam novel tu, minda aku masih dok flashback jalan ceritanya.

Emo beb emo sangat

★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
Selamat Hari Raya Aidil Adha
pada Korang semua yerr
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
diy polishing head lamp kereta

alan said...

afzainizam: buku ni jadi novel sekolah tahun 80an dulu. best cerita ni.

Blues Riders said...

w/pun BR bukan aliran sastera, tapi pernah baca novel ni masa sekolah dulu. bagus juga dijadikan teater tapi erra fazira rasanya kurang sesuai pegang watak mazni, sebab dah berumur.. hehe..

Alan said...

BR: betul juga. kenapalah ambik erra tu hehehe

Unknown said...

Saya masih lagi menyimpan novel Badai Semalam cetakan 1971

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...