Followers

Thursday, November 10, 2011

Orang Melayu Sayang Syaitan ?

Dengan matlamat mahu menewaskan saingan dalam perniagaan, ada usahawan bertaraf VIP menggadai akidah apabila menggunakan ilmu sihir ‘bersenjatakan’ patung diperbuat daripada tanah kubur yang dibeli daripada bomoh dengan harga RM1,000 hingga RM2,000.

Patung sihir yang dikafan dan diikat dengan benang itu dikatakan mempunyai kuasa untuk ‘menghilangkan’ sesebuah premis daripada pandangan orang ramai jika objek terbabit diletak atau ditanam di dalam kawasan premis.

Taktik kotor dalam perniagaan itu didedahkan seorang usahawan yang hanya mahu dikenali sebagai Datuk Ahmad, 55, selepas dia menjadi mangsa pesaingnya yang menggunakan patung sihir terbabit.

Ahmad yang terbabit perniagaan herba sejak 20 tahun lalu berkata, dia tidak menyangka pesaingnya yang turut bergelar Datuk bertindak sejauh itu hanya kerana ingin menjatuhkan perniagaannya.

Orang melayu memang tak habis habis percaya dengan amalan syaitan. Entah bilalah mereka nak sedar akupun tak tahulah.

2 comments:

Anonymous said...

yang kena tipuu tuu kena tipu jugak.. maybe sebab guna bomoh tak pro.

Tapi yang guna bomoh pro, yang menjadi pun ramai jugak. huhu. Tengok seramai mana ahli politik tu, malaysia n indo ramai pakai bomoh. kalu tak sebab angin takkan pohon begoyang kn..

alan said...

asrul: pro atau tak, semuanya dengan izin Allah..memang Allah makbulkan permintaan dorang tapi kat akhirat dorang akan kena balik.

careful for what u wish

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...