Followers

Wednesday, November 09, 2011

Kekalkan Kesihatan Laptop Anda


Bagi mereka yang biasa gunakan laptop, mesti selalu hadapi masalah kepanasan melampau. Kadang kadang boleh membuatkan hati korangpun panas sama. Kebanyakkan laptop mengeluarkan haba dari bahagian bawah. Dan sekiranya korang meletakkan laptop diatas tilam atau berlapik kain, ini membuatkan laptop korang bertambah panas.

Ada beberapa cara untuk mengatasi masalah kepanasa melampau ni. Antaranya adalah :

Tinggikan Laptop
- Selain gunakan  laptop fan yang boleh menambahkan ketinggian dan menyejukkan, korang boleh meletakkan buku sebagai pelapik dibawah laptop korang tu. Ini bertujuan membenarkan udara beredar dibahagian bawah laptop. Tapi pastikan buku tu tak menutup kipas laptop korang pulak.

Gunakan Penjimat Tenaga
- Laptop sekarang mempunyai fungsi menjimatkan tenaga. Ianya akan mengurangkan penggunaan tenaga elektrik dan akan mengurangkan kepanasan laptop tu.

Gunakan Bateri Daripada Plug
- Kajian menunjukkan laptop akan menjadi semakin panas apabila ianya dipasang dengan kabel plug (rujuk sini). Penggunaan elektrik daripada kabel plug menambahkan tahap kepanasan laptop korang tu. Oleh itu lebih baik korang hanya gunakan kabel semasa mengecaj. Apabila untuk melakukan kerja, gunakan sahaja bateri.


Tutup Seketika
- Sekiranya korang rasa laptop semakin panas, ada baiknya korang tutup sebentar. Mungkin ini cara yang terakhir untuk korang guna. Daripada korang menyesal apabila laptop korang rosak akibat kepanasan melampau, lebih baik korang tutup sekejap kan.

Bersihkan Laptop
- Seperti komputer biasa, laptop juga mengumpul habuk dan debu didalam bahagian dalamnya terutama dibahagian kipas dan prosessor. Korang kena bersihkannya untuk memastikan ianya dapat berfungsi dengan sempurna.

Masalah kepanasan ini sebenarnya perkara biasa. Setiap komputer dan laptop mengalaminya. Cuma sekiranya korang tidak memberi perhatian, ianya akan menjadi masalah yang lebih besau dikemudian hari.

6 comments:

shaFazie said...

tips drp abg razak hehee...
tq bro...info yg bagus nie

alan said...

kena bayau tuk tips ni hehehe

shaFazie said...

AMBOI keno bayau ehhh...2osen cukup?

Alan said...

kak jijah: mana cukup dua posen..ingat beli gula2 ke hehee

tomatoo said...

betol2.. laptop sy penah prob pasal panas sgt.. asik hang je.. fan tersumbat.. habuk byk pasal slalu pki atas tilam... pastu nsb la ada waranty DELL.. report trus dorang datang umah tukar fan n motherboard pon dorang tukar jgk.. DELL terbaik la.. pasni mmg kena jaga btol2 pasal waranty da hbs..

Afzainizam said...

aku hanya pakai cyber cafe ajerrr... tak ade laptop...

tapi memang cadang nak angkat satu lerrr... tip ni aku ambik jadi panduan beb....

pernah pakai adik aku punya laptop sekejap ajerr panas... terus hang..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy tinted film headlamp rr taillamp

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...