Followers

Tuesday, November 08, 2011

Greater Kuala Lumpur ?

BAWALAH diri anda ke masa hadapan - kawasan 'Greater Kuala Lumpur/ Lembah Klang' pada tahun 2020.

Di mana kawasan kehijauan tumbuh mekar, sungai-sungai bersih mengalir, kawasan pejalan kaki yang lebar dibarisi pelbagai pokok, bangunan dan kediaman pintar dijarakkan dengan kemas menggunakan tenaga boleh dibaharui, orang ramai bergerak dari satu tempat ke tempat lain dengan pantas dan mudah, gear perniagaan dan ekonomi berputar lancar, semua berpeluang mendapat akses kepada pendidikan dan penjagaan kesihatan berkualiti serta akses Internet berkelajuan tinggi dan mempunyai pendapatan boleh guna lebih tinggi.


Pada hakikatnya, kita tidak perlu membayangkan tahun 2020 untuk mengalami semua ini. Di beberapa tempat di Kuala Lumpur, residen, ekspatriat dan pelawat sudahpun menikmati semua manfaat ini.

Gambaran yang dibayangkan untuk tahun 2020 adalah di mana semua orang dapat menikmati kesemuanya itu tanpa mengira di mana mereka menetap atau bekerja.

Inilah matlamat ETP - melalui pelbagai Bidang Keberhasilan Utama Ekonomi (NKEA). Salah satu daripadanya adalah NKEA 'Greater Kuala Lumpur', di mana perkhidmatan sistem aliran transit massa (MRT) dan sistem rel kelajuan tinggi membentuk komponen yang penting.

Menjelang 2020, sistem pengangkutan awam berintegrasi yang meliputi Lembah Klang dan kawasan lain dijangka siap.


Bagi perjalanan dalam bandar, tiga laluan MRT dicadangkan sebagai tambahan kepada laluan sambungan Transit Aliran Ringan (LRT), monorel, laluan Express Rail Link (ERL) yang menyambungkan KL ke KLIA, KTM Komuter, bas penghantar dan teksi.

Terdapat juga rangkaian rel elektrik yang dirancang bagi menghubungkan Kuala Lumpur ke Pulau Pinang di bahagian utara dan Johor Bahru di bahagian selatan serta rangkaian rel kelajuan tinggi yang menghubungkan Kuala Lumpur ke Singapura.

Semua ini akan membantu kita mencapai impian untuk menjadikan Kuala Lumpur suatu bandar raya yang mesra alam dan pengguna kerana orang ramai tidak perlu menghadapi kesesakan lalu lintas, masalah meletak kereta dan membazirkan masa di jalan raya.

Utusan Malaysia

Betul ke kita boleh dapat semua ni?

Di mana kawasan kehijauan tumbuh mekar, sungai-sungai bersih mengalir, kawasan pejalan kaki yang lebar dibarisi pelbagai pokok, bangunan dan kediaman pintar dijarakkan dengan kemas menggunakan tenaga boleh dibaharui, orang ramai bergerak dari satu tempat ke tempat lain dengan pantas dan mudah, gear perniagaan dan ekonomi berputar lancar, semua berpeluang mendapat akses kepada pendidikan dan penjagaan kesihatan berkualiti serta akses Internet berkelajuan tinggi dan mempunyai pendapatan boleh guna lebih tinggi.

Aku rasa macam tak je. Dengan pendatang asing bersepah kat KL tu, dengan sesak, kotor, harga tanah melambung tinggi, macam mana nak buat semua ni. Kat tengah KL tu memang tidaklah. Jangan harap. Nak buat boleh tapi kena renovate semula KL. Susun balik jalanraya bersepah tu, susun balik pembinaan barulah KL tu nampak senonoh sikit.

Kalau yang nampak cantik dan canggihpun kau KL tu, cuma kawasan orang kaya kaya jelah. Kawasan orang miskin dan berpendapat sederhana, kawasan tu macam biasa je. Tak ada yang canggihnya. Tak ada sungai bersih. Tak ada pokok merimbun.

Kesimpulannya, janganlah harap KL tu akan berubah menjadi cantik. Dalam mimpi jelah hahaha.

1 comment:

Afzainizam said...

Mungkin kita kena mulakan kesedarkan mentaliti masyarakat tentang kebersihan diri sendiri baru lah boleh buat KL yang di idamkan... tak kiralah yang miskin sederhana mahupun kaya


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Story terbaru blog kami...
diy tinted film headlamp rr taillamp

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...