Followers

Monday, October 10, 2011

Tempahan Iklan


Selama aku berblog, tak pernah aku nak buka ruangan iklan melainkan aku letak iklan Nuff. Itupun duit tak ada masuk juga huhuhu. Bukan aku tak nak cuma kerana hits blog ini kurang. Nanti kalau ada orang letak, kesian pula sebab rugi je duit dia.

Untuk menjana pendapatan, sesebuah blog kenalah mencapai hits yang tinggi barulah kemungkinan iklan yang diletakkan akan dilihat oleh orang. Macam blog aku ni, sapalah yang nak datang. Kecuali pelawat tetap macam Asrul atau Afzainizam jelah. Yang lain lain cuma pelawat sesat je yang termasuk melalui Google search.

Akupun dah jarang beri perhatian pada blog ini sebab sibuk dengan blog kerja tak rasmi. Blog itupun aku tak buka ruangan iklan diatas sebab sebab tertentu.

Mungkin bagi orang lain, mereka boleh mencari rezeki dengan iklan diblog tapi aku tak dapatlah buat. Tak apalah mungkin bukan rezeki disini kot.

2 comments:

Afzainizam said...

EEEMMM pasal iklan aku pun tak mau bubuh... ramai yang syorkan but aku tak rasa aku nak buat duit.... bukan boleh jadi kaya pun ....


yang penting bagi aku aku nak kongsi ilmu dan kaut ilmu ,,, itu matlamat aku

Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
wiper silikon dan wiper kereta biasa

Alan said...

afzainizam: betul betul betul

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...