Followers

Friday, October 07, 2011

Smart Dressing Dulu Dulu


Segak sungguh dressing orang dulu dulu. Zaman dulu, untuk membezakan status orang bangsawan dan orang kebanyakkan adalah menerusi pakaian. Kebiasaannya orang kebanyakkan hanya menggunakan kain jenis biasa dan tidak lengkap dengan aksesori seperti pending, gelang dan cincin. Tengkolokpun cuma lipatan kain biasa.

Kalau bangsawan, macam gambar diataslah. Lengkap aksesori berserta pengiring. Kalau berjalan tu perghh orang hormat gila dowh.


Aku sebenarnya memang nak pakai macam ni lepak bandau tapi masalahnya bila sorang je dressing macam ni segan ler pulak. Kalau ramai ramai takpe juga hahaha. Kalau time raya, orang berbaju melayu dengan sampin tu sebenarnya kira tak cukup. Sebab kalau dilihat, orang dahulu selain baju melayu, ada dipakai sekali dengan sehelai baju luar semacam jaket. Penggunaan tanjak juga lebih cantik berbanding dengan songkok hitam. Kaki disarung pula dengan capal kulit. Perghh memang jadi lelaki melayu terakhir ler dowh.


Dah dua kali raya aku gagal buat macam ni sebab masalah kewangan. Nak raya je, time tulah gaji sangkut. Harap raya tahun depan aku boleh beli semua barang nak dressing macam ni. Raya lepas baju melayu aku tak cukup kain. Kalau tak boleh buat sekali baju luar. Lepas tu kena buat jahit kerawang pada pergelangan baju bagi nampak smart.

Harap boleh realisasikan impian ni satu hari nanti hahahaha.

6 comments:

Asrul said...

Pakai songkok la kalu pg bandau..baru nampak mcam penyokong kerismudin bro.. haha

Afzainizam said...

OOOOHHHH aku rasa kalau ko kawin nanti buat persandingan diatas pelamin mungkin ko boleh buat cam tu dreesing giler2 siap bertanjak berkeris .... siap ada orang iring naik di tahta sehari....

ko lah raja pada hari ituuu... pastu petang nya cabut persalinan cabut keris basuh periuk belanga kat belakang umah yerr


Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
skuter sanyang motor sym

Mermaid Ungu said...

huahuahua..

Alan said...

asrul: apahal kutuk UMNO

Alan said...

afzainizam: sekarang pakai catering je..xyah dah basuh periuk hehe

Alan said...

ayunda: kenapa ni hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...