Followers

Friday, October 14, 2011

Pendrive Dan Kehidupan Student


Sejarah pen drive bermula sekitar tahun akhir 90an dan awal 2000. Bagaimanapun ianya hanya mula popular disekitar tahun 2004 keatas. Pada mulanya, manusia menggunakan disket untuk menyimpan atau memindah fail. Namun disket yang mempunyai saiz storan yang terhad menyebabkan teknologi disket dilupakan.

Masa aku study dulu tahun 2005, pen drive aku yang pertama adalah jenama Apacer. Bersaiz 256 MB dan dah dikira bersaiz besar. Harganya masa tu lebih kurang seratus lebih. Kalau diingat kembali, rasanya sungguh mengarut untuk pen drive yang bersaiz 256MB boleh semahal itu. Tapi itulah zaman tu lain harganya.


Masa tu tak ramai lagi yang ada pen drive. Lama kelamaan semakin ramai budak yang ada pen drive sendiri untuk membuat assiment. Masa tu semua dok tayang pen drive masing masing hahaha. Bila ada budak pakai pen drive saiz 1GB, perghh semua orang datang tengok. Gila kentang hahahaha. Sesungguhnya masa tu pendrive dengan student ibarat irama dan lagu. Memang tak boleh pisah. Kalau tak ada pendrive, mulalah kelam kabut macam ayam sebab nak copy assiment kawan ^_^".

Dan masa terus berputar. Sekarang saiz storan pen drive rasanya dah mencecah 64GB. Harga dia dah semakin murah tapi rasanya kalau sekadar untuk memindahkan fail di pejabat atau buat assiment cukuplah 16GB je. Lainlah kalau nak buat storan kekal baik beli external HDD je.

Dan seiring dengan masa, orangpun dah tak kisah dengan pen drive. Kini pen drive dah jadi sekadar barangan biasa. Bukan lagi barang rare yang boleh membuatkan orang lain jeles dengan korang. Aku dengar orang sekarang sibuk kumpul spender Angry Bird. Betul ke?

4 comments:

Asrul Rae X said...

zaman dulu mahal.. pdrive 1st aku beli kuantan, tahun 2007.. 1Gb RM50. Tu berasa murah sangat dah tu. Bangga je tayang. Lebih agi bila kawan2 nak pinjam. haha.

Kawan aku beli pdrive kuantan 1Gb 2006 harga RM1++.

Leni ada la pendrive 256Gb. Ada orang prmote, harga kurang RM100. Tu la aku nak beli tapi tak yakin je. Takut tak tahan lama. Tapi still murah dri external tu

alan said...

asrul:aku pakai pdrive 4 GB je.cukuplah kalau nak buat kerja kat ofis.

kalau simpan kekal aku pakai external hdd.

nak tahan lama kena tengok jenama dan juga keaslian.nak elok ambik jenama Apacer.kingston ni banyak yang tak ori sebab tu murah.

Afzainizam said...

oohhhh aku rasa dah dekat berpuluh kali aku beli pen drive ni asyik kena curi ajerrr... but tak ada video yang sensore didalamnya... itu pun jadi tarikkan orang nak rembat....

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
jamming show Volume 10

Alan said...

afzainizam: orang curi sebab malas nak beli hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...