Followers

Friday, October 28, 2011

Muzium Malaysia Hambar


Rangka manusia berusia 16,000 tahun yang dipercayai rangka tertua pernah ditemui di negara ini akan dikembalikan ke tapak asalnya di Gua Bewah, Tasik Kenyir tidak lama lagi.

Pengarah Muzium Terengganu, Yusof Abdullah berkata, pihaknya sedang membuat persiapan terakhir berhubung urusan penghantaran rangka dikenali sebagai Bewah Man itu. Ia dijangka dilakukan pada akhir tahun ini.

Katanya, sekumpulan pakar tempatan dan ahli arkeologi kini sibuk membina satu bekas khas yang sesuai untuk menempatkan rangka manusia itu yang telah ditemui di Gua Bewah pada November tahun lalu.

“Penyelidikan ke atas rangka ini telah memasuki fasa terakhir dan selepas itu kita akan menghantarnya ke tempat ia ditemui.

“Kita juga akan pastikan rangka ini tidak diganggu dan sentiasa berada dalam keadaan baik,” katanya ketika dihubungi baru-baru ini.

Ditanya apakah jantina rangka itu, Yusof menjelaskan, sepasukan ahli arkeologi baru-baru ini telah menemui cebisan gigi ketika melakukan cari gali di Gua Bewah dan penemuan itu diharap akan dapat membantu untuk menentukan jantina rangka berkenaan.

“Ini adalah penemuan baru bagi Bewah Man namun kita akan melakukan lebih banyak ujian sebelum dapat menentukan jantina sebenar rangka yang dianggap tertua di negara kita,” jelasnya.

Orang Malaysia ni suka buat kerja mengarut. Dah gali gali buat arkeologi, nak hantau balik buat apa. Simpan ler kat muzium. Muzium luar negara semua banyak artifak real. Muzium kat Malaysia banyak replika macam patung binatang ntah apa apa. Kalau nak tengok patung binatang, baik pergi zoo. Life lagi binatang tu.


Lepas tu pasu, serpihan tembikar, dan barang barang tak menarik. Banyak habuk pulak tu. Lampu gelap macam rumah hantu. Promosi tak ada. Aku suka lepak muzium tapi kalau muzium sekadar letak patung, info sesuatu barang tak lengkap, suasana macam rumah hantu funfair, memang aku menyampah ler. Buang masa je.

2 comments:

afzainizam said...

Rasanya diaorang takut gak nak simpan tulang tulang orang ni...

atau diorang rasa tak elok simpan pasal kena gak menghormati orang yang mati tu...

lagi pun orang tak berani nak tengok... tulang tengkorak ni

seram kot.... atau ada badi agaknya

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
Sound for breeding lembu pejantan

alan said...

afzainizam: mana de badi.aku lebih suka tengok yang real daripada yang replika.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...