Followers

Thursday, October 13, 2011

Manusia Tertua Di Dunia ?


Seorang lelaki dari Kampung Bendang Ikan, Baroh Pial, dekat sini mendakwa dirinya kini berusia 128 tahun biarpun tarikh lahir pada kad pengenalannya menunjukkan dia dilahirkan pada 2 September 1914.

Ya’acob Idris yang berasal dari Kampung Siram, Jeram Perdah mendakwa dia dilahirkan pada zaman pemerintahan Long Senik Mulut Merah yang memakai gelaran Sultan Muhammad Ke-II yang memerintah Kelantan dari tahun 1845 hingga 1886.

Menguatkan dakwaannya, Ya’acob memberitahu, ketika zaman tersebut penduduk di kampungnya hanya menggunakan periuk dan belanga yang diperbuat daripada tanah liat untuk kegunaan harian.

“Zaman itu juga belum ada kain kafan. Jadi, kami hanya menggunakan daun pisang dan guni untuk membalut jenazah sebelum dikebumikan. Mancis pun belum ada masa tu, hanya guna minyak dan garam untuk nyalakan api.

“Mata wang ketika itu wang syiling yang berlubang di tengah yang dikenali sebagai wang ‘kenering’. Perkahwinan pertama saya, mas kahwinnya hanya 20 keping wang tersebut,” katanya ketika ditemui semalam.

Aku percaya dengan kata katanya sebab tak mustahil negara kita mempunyai orang yang memiliki umur yang panjang. Lagipun masa dahulu, pendaftaran kad pengenalan dibuat dengan hanya meneka sahaja tarikh mereka dilahirkan.

Bonda aku juga tak tahu bila dia dilahirkan. Kalau mengikut I/C, dia dilahirkan pada tahun 1948 tetapi menurut Bonda, orang dahulu hanya meneka berdasarkan raut wajah ataupun sedara yang terdekat. Malah tahun yang tercatat didalam ICnya mengikut tahun sepupunya. Bukan mengikut tahun dia dilahirkan.

Mat Kilau juga hidup sehingga umurnya 122 tahun. Jadi tak mustahil usia pakcik ini juga sudah mencecah 128 tahun.

2 comments:

Afzainizam said...

panjang usianya tu..... rezeki Allah bagi panjang umur.... sekarang umur 40 tahun dah pergi...


orang tua -tua dulu tak ada sakit... selalunya meninggal pun pasal sakit tua ajerr


aku harap kalau aku dah tua tak nyanyuk dan sakit... ada anak-anak jaga aku ... tu ajer yang aku harapkan...

Jom Terjah entry terbaru ??
tip cara mudah bersihkan seat kereta

Alan said...

afzainizam: aku taknak tua dan nyanyuk hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...