Followers

Friday, October 07, 2011

Freemason Dalam Budaya Orang Melayu


Diakhir zaman ini, orang melayu lebih gemar membaca cerita mengenai Freemason daripada membaca cerita sirah nabi dan pejuang pejuang islam dahulukala. Apa itu Freemason?

Freemason ialah pertubuhan persaudaraan yang muncul dengan asal usul yang kabur antara akhir abad ke-16 hingga awal abad ke-17. Pertubuhan ini kini wujud dalam berbagai-bagai bentuk di seluruh dunia, dengan keahliannya dianggarkan sebanyak sekitar lima juta (termasuk sekitar 480,000 orang di England, Scotland dan Ireland sahaja, serta lebih kurang dua juta orang di Amerika Syarikat. - Baca selanjutnya disini

Didalam pemikiran orang melayu, Freemason adalah pertubuhan Dajjal. Mengaitkan segala peperangan yang berlaku diseluruh dunia adalah percaturan Freemason untuk menawan dunia dan mengangkat Dajjal sebagai pemimpin agung.

Ok apa pula itu Dajjal?

Dari Abi Umamah Al-Bahiliy, beliau berkata: “Rasululah s.a.w telah berkhutbah di hadapan kami. Dalam khutbahnya itu Baginda banyak menyentuh masalah Dajjal. Baginda telah bersabda: “Sesungguhnya tidak ada fitnah (kerosakan) di muka bumi yang paling hebat selain daripada fitnah yang dibawa oleh Dajjal. Setiap Nabi yang diutus oleh Allah SWT ada mengingatkan kaumnya tentang Dajjal. 

Aku adalah nabi yang terakhir sedangkan kamu adalah umat yang terakhir. Dajjal itu tidak mustahil datang pada generasi (angkatan) kamu. Seandainya dia datang sedangkan aku masih ada di tengah-tengah kamu, maka aku adalah sebagai pembela bagi setiap mukmin. Kalau dia datang sesudah kematianku, maka setiap orang menjaga dirinya. Dan sebenarnya Allah SWT akan menjaga orang-orang mukmin.

“Dajjal itu akan datang nanti dari satu tempat antara Syam dan Irak. Dan mempengaruhi manusia dengan begitu cepat sekali. Wahai hamba Allah, wahai manusia, tetaplah kamu. Di sini akan saya terangkan kepada kamu ciri-ciri Dajjal, yang belum diterangkan oleh nabi-nabi sebelumku kepada umatnya.

“Pada mulanya nanti Dajjal itu mengaku dirinya sebagai nabi. Ingatlah, tidak ada lagi nabi sesudah aku. Setelah itu nanti dia mengaku sebagai Tuhan. Ingatlah bahawa Tuhan yang benar tidak mungkin kamu lihat sebelum kamu mati. Dajjal itu cacat matanya sedangkan Allah SWT tidak cacat, bahkan tidak sama dengan baharu. Dan juga di antara dua mata Dajjal itu tertulis KAFIR, yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca atau buta huruf.

Dan aku sebenarnya hairan dari mana datangnya pendapat yang mengatakan Freemason itu adalah geng Dajjal.  Begitulah orang melayu yang mudah mengaitkan apa sahaja benda dengan Dajjal dan juga Freemason.

"Dajjal itu cacat sebelah matanya". Lepas tu habis dichop orang yang mata buta sebelah itu Dajjal. Apa apa lambang menunjukkan  mata sebelah dipanggil lambang Dajjal atau lambang Freemason. Begitu mudah orang melayu membuat tafsiran mengenai Dajjal dan Freemason. Lagi satu orang melayu gemar dengan video "the arrival". Kononnya itu bukti Freemason menjajah dunia. Dah video tu pun dibuat oleh orang kafir. Lagi nak percaya kenapa.

Bagi aku, Freemason tu cuma pertubuhan yahudi. Dan ianya sebenarnya tidak mempengaruhi kehidupan kita seharian. Jadi mengapa kita perlu memeningkan kepala memikirkan benda tidak ada kaitan dengan kita. Kita peliharalah sajalah diri, keluarga dan negara. Jangan memecahkan perpaduan umat islam yang ada di negara ini.

Itu saja yang penting. Freemason atau tidak, ianya tidak akan memberi kesan sekiranya kita bersatu. Apa yang berlaku di Iraq dan Afganistan adalah panduan untuk kita di Malaysia. Sekiranya kita bergaduh sesama islam, mementingkan politik duniawi dan takutkan mati maka Allah s.w.t tidak akan membantu dan melindungi kita.

Sebuah hadis diriwayatkan daripada Thauban r.a., bahawa Rasulullah SAW bersabda, yang bermaksud:

"Setelah aku wafat, setelah lama aku tinggalkan, umat Islam akan lemah. Di atas kelemahan itu, orang kafir akan menindas mereka bagai orang yang menghadapi piring dan mengajak orang lain makan bersama."

Maka para sahabat r.a. pun bertanya, "Apakah ketika itu umat Islam telah lemah dan musuh sangat kuat?"

Sabda Baginda SAW: "Bahkan masa itu mereka lebih ramai tetapi tidak berguna, tidak bererti dan tidak menakutkan musuh. Mereka adalah ibarat buih di laut."

Sahabat bertanya lagi, "Mengapa seramai itu tetapi seperti buih di laut?"

Jawab Rasulullah SAW, "Kerana ada dua penyakit, iaitu mereka ditimpa penyakit al-Wahn."

Sahabat bertanya lagi, "Apakah itu al-Wahn?"

Rasulullah SAW bersabda: "Cintakan dunia dan takut akan kematian." 

Inilah yang berlaku sekarang. Bukan salah Freemason sebaliknya salah kita sendiri. Renung renungkanlah.

5 comments:

Mermaid Ungu said...

sebok sgt nk baca..pastu terpengaruh..bongok kn

Alan said...

ayunda: tahu takpe

Afzainizam said...

gerakan Freemason mempunyai perancangan jangka pendek dan jangka panjang ke arah menguasai dunia. Tujuan mereka adalah menyebarkan pengaruh dan ajarannya di kalangan pemimpin-pemimpin dan tokoh-tokoh berpengaruh serta boleh menguasai keadaan politik, ekonomi dan masyarakat.

Fahaman freemason ni mengingkari Allah, para rasul, kitab-kitab dan perkara-perkara ghaib. Mereka menganggap semua itu sebagai karut dan dongeng.

perhatikan sologan dia tu

“agama untuk Tuhan dan negara untuk semua”.


Harap semua orang ambil perhatian... akan bahaya gerakan tu

Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
skuter sanyang motor sym

Alan said...

afzainizam: boleh caya ke benda ni

Anonymous said...

jangan butakan hati sahabt! itulah kebesaran Allah swt melalui kalamnya . Petunjuk yang diberikannya melalui Al-Quran benar2 terjadi pd zaman kita. Peristiwa2 yang terjadi kini menunjukkan kebesaran Allah swt . Bacala , hayati la .. Insyaallah sahabat akan mendapat petunjuknya . Jgn lupa juga sunnahku , Iaitu sunnah rasullulah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...