Followers

Thursday, October 27, 2011

Elisya Meragam - Update


Pagi tadi aku dah cuak. Masa start Elisya ok je lagi. Bila start drive terus tersenguk senguk macam tersampuk jembalang tanah dari Pakistan. Aku try gak cuba pergi kerja. Sepanjang jalan bunyi dia macam kereta dah berumur 30 tahun keatas. Habis bergegar satu body.

Paling tak boleh tahan bila aku tarik. Ekzos meletup letup macam kereta pasang NOS je. Tapi pergi tak juga. Habis orang kat bandau dok pandang aku je. Sudahnya aku pusing balik rumah. Takut Esliya tersadai tengah jalan, lagi naya aku dibuatnya.

Balik rumah tunggu bengkel kat kampung aku bukak. Menunggu bengkelpun satu hal. Pukul 9 barulah nak buka. Dia check rupa rupanya sebijik spark plug basah. Hampeh. Tukar je plug, terus berdaya saing Elisya aku macam tak sakit apa apa.

Aku tak tahu ler apasal plug tu basah. Maybe minyak hitam melimpah kot pasal petang semalam aku topop minyak hitam. Pagi ni dah lambat aku masuk kerja. Kalau esok plug aku basah lagi, aku kena hantau Elisya masuk teruslah bengkel. Kopak lagi duit aku. Tadipun dah kena RM8 ringgit. Adoi adoii adoiii.....

---------------------------------------------UPDATE------------------------------------------------

Sejak bulan lepas, aku dah lebur banyak duit untuk Elisya. Mula mula clutch plate RM400.00. Pam break RM70.00. Servis aircond RM240.00. Tambah plug pagi tadi RM8 ringgit. Semua sekali = RM718 ringgit. Adoi adoii adoiii.

3 comments:

ayunda maajis said...

kikik..try tukar nama elisya kpd ayunda..try tgk mantop ke x kete tu nnt..haha

Alan said...

ayunda: erkkk nak juga hehehe

afzainizam said...

adohhh macam macam hal jadinyerr... aku rasa ko ada niat nak pasang lain tu.... tukar kereta baru ker.... mungkin elisya dengar tu yang dia majokkk tu....

adat lah kereta dah agak lama jasa nyer banyak meragamnye pun kuat...

tapi percaya lah iswara tahan beb....
harap ko jaga ngan baik yerrr...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
Sound for breeding lembu pejantan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...