Followers

Friday, September 16, 2011

Saya Sayang Malaysia - Part 4



Hari ini genap 48 tahun penubuhan negara Malaysia. Sebuah negara bangsa yang menjadi tempat untuk kita semua tinggal. Pada 16 September 1963 , Tunku Abdul Rahman Putra mengisytiharkan penubuhan Persekutuan Malaysia bagi menggantikan Persekutuan Tanah Melayu.


Ini kerana Sabah dan Sarawak telah bersetuju untuk  menyertai Malaysia. Dan kini terbukti penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia adalah suatu keputusan yang tepat dan terbukti membawa rahmat besar kepada rakyat dan kedua-dua negeri.


Dengan bukti kemajuan dan nikmat pembangunan yang dikecapi hari ini, tidak ada pihak boleh menafikan kewajaran penyertaan Sabah dan Sarawak ke dalam Malaysia. Kestabilan politik, kemakmuran sosial dan kemajuan ekonomi yang dikecapi sejak merdeka menerusi Malaysia 46 tahun lalu, jelas berjaya mengubah landskap kedua-dua negeri di Pulau Borneo itu.

Selamat Hari Kemerdekaan Dan Hari Malaysia

3 comments:

Afzainizam said...

Jalur Gemilang bendera negara,
Tanda Malaysia negara merdeka,
Hari Malaysia besar ertinya,
Jangan dinodai dengan dosa dan noda
-----------------------------------
Tanah Melayu tertubuhlah sudah,
16 September Hari Malaysia,
Wahai kengkawan jagalah maruah,
Budi bahasa, budaya bangsa rakyat merdeka.
-----------------------------------
Salam Hari Malaysia Pada Semua
-----------------------------------

buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
tip membeli motorsikal second hand

alan said...

afzainizam: selamat hari merdeka :)

Sebuah Istana Cerita said...

Saya setuju dengan artikel ini. Sangat patriotik. Cuma mungkin ada satu perkara yang membuatkan saya rasa terpanggil untuk berikan maklum balas. Hal ini tentang terma "Penyertaan Malaysia" yang sebetulnya harus ditulis "Penubuhan Malaysia.

Faktanya, Malaysia hanya ditubuhkan pada tahun 1963 selepas Tanah Melayu yang juga dikenali sebagai Malaya, bergabung dengan dua jajahan inggeris di Borneo
iaitu Sabah dan Sarawak serta Singapura yang kemudiannya disingkirkan. Hal inilah yang seharusnya diterangkan supaya tidak timbul keliru atau prasangka kurang baik dari warga Malaysia di mana~mana wilayah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...