Followers

Sunday, September 11, 2011

Kris Dayanti Perosak Moral Atau Artis / Wartawan Hiburan Malaysia Perosak Moral ?


BERAPA tahun lalu Kris Dayanti (KD) menulis sebuah buku biografinya. Buku itu bukan saja menceritakan perihal dunia nyanyian malah hal-hal yang sangat peribadi. KD mendedahkan hal-hal dalam kelambu bersama Anang ketika itu menjadi suaminya. Pendek kata, itu bukan buku biografi tapi buku seks KD.

Walaupun KD mendedahkan moralnya yang buruk dalam buku itu tapi dia terus dipuja. Peminat termasuk di negara ini tidak rasa jijik menyanjung makhluk perosak seperti ini. Ini memberi peluang KD mengaut kekayaan hasil menjual virus sosial. Banyak artis kita bermimpi mahu menjadi KD. Maka apabila KD berperangai buruk, apa salahnya kalau mereka juga berbuat begitu.

Maka apabila Siti terbaca KD mengandung anak luar nikah dengan Raul, Siti tak terkejut. Tapi Siti bimbang ini menjadi ikutan kepada artis kita dan juga peminat. KD berbangga mengandung anak luar nikah. Pandai pula kata anak dalam kandungan itu tak bersalah. Lalu semua orang (kecuali Siti) menerima gaya hidup yang dibawa KD. Dia sedikit pun tak rasa bersalah malah memperagakan anaknya kepada media.

Artis seperti KD yang berada dalam lingkungan agama, budaya dan sosial yang sama dengan kita. Dia bukan Elizabeth Taylor yang terpisah lingkaran agama, budaya dan sosial dengan kita. Kerana itu pelanggaran moral yang dilakukan amat menyinggung kita. Lalu sewajarnya KD dihukum. Dia dikenakan hukuman sosial, salah satunya dengan memulaukan semua yang berkaitan dengan penyanyi ini. Tapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. KD terus dipuja. Lalu, apa yang nak dihairankan anak luar nikah bertambah dengan mendadak, KD pun melahirkan anak luar nikah juga dan terus dipuja. Malah KD lebih popular selepas mengumumkan kandungannya anak luar nikah. - Utusan Malaysia

HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA LAWAK GILA CERITA NI HAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

Senangnyalah orang Malaysia ni. Semua salahkan orang lain. Salah sendiri buat tak nampak. Beriya benau pergi kutuk artis luar negara padahal artis dalam negara sendiri bersepah dengan perangai buruk. Ditambah lagi dengan perangai wartawan hiburan kat Malaysia yang suka mengambil tahu pasal cerita artis, turut menyumbang kepada masalah sosial kat dalam negara ni.

Pergi mampuslah dengan KD. Siapa yang peduli dengan orang indon tu. Sebenarnya orang dalam industri seni kat Malaysia ni lebih suka mengagungkan orang indon. Tu pasal ler kunun kunun ramai peminat artis indon kat sini. 

Sekarang nak salah KD pulak? Baik para wartawan hiburan kat Malaysia ni salahkan diri sendiri dahulu sebelum nak salahkan orang lain. Kalau korang tak ambik cerita, tak mengagungkan artis indon, so tak payahlah nak risau konon konon ada orang yang nak ikut cara KD tu.

2 comments:

Afzainizam said...

uihhhh KD ni tak tau lahhhh toksahhhh nak ikut dia ni... Patut dia bercerai ngan anang... rasa nya Bukan salah anang pun...

buat pembaca blog kami
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
Jom Terjah entry terbaru ??
tribunal tuntutan pengguna berkaitan kereta

Alan said...

afzainizam: xde sponsor nak taja hadiah hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...