Followers

Monday, August 15, 2011

Save The Best For Last

Tadi dalam Elisya, aku terdengar lagu  "Save The Best For Last". Secara tiba tiba mood aku yang selalu ganas bila drive Elisya terus jadi tenang. Teringat zaman 80an yang penuh dengan kegembiraan. Tak macam tahun milinium, bagi aku zaman 80 dan 90an adalah zaman terbaik bagi aku.

Mungkin sebabnya ketika itu adalah zaman aku muda remaja. Kata orang orang tua tua, zaman remaja adalah zaman penuh kegembiraan dan harapan. Dan sekarang aku rasa seperti dipenghujung usia je. Terasa macam orang tua yang tinggal dirumah kebajikan. Tanpa sesiapa menemani. Hanya kesunyian dalam menanti tamatnya kehidupan.

Ada baiknya kalau korang ambik sedikit masa sekarang dan fikirkan bagaimana kehidupan korang diusia tua. Orang macam aku yang tak ada masa depan ni, cuma ada dua pilihan je iaitu merempat dijalanan sampai akhir hayat ataupun kalau bernasib baik, dapat menumpang dirumah kebajikan.


Untuk korang yang dah berkahwin, mungkin ada sedikit peluang iaitu anak cucu korang akan jaga. Kalau tak, sama je korang akan dibiar melarat diusia senja. Beginilah kita sebagaimana manusia. Tiada yang kekal selamanya. Semoga korang menemui kebahagian diakhir usia...

3 comments:

Asrul said...

Lagu apa tu? haha. Mesti lagu klasik punya.

Dulu aku suka lagu rancak jugak.

Tapi sekrang aku suka pula lagu SM Salim.
Sedap lah pulak.

Maybe sebab usia aku dah makin dimamah usia.

Anonymous said...

Aku pun tak tahu macam mana masa depan.
Aku jenis tak merancang.
Main redah saja.

Harap harap masa depan bertambah baik.

alan said...

asrul: ni lagu tahun 80an kot..atau awal 90an..lebih kurang begitulah..

akupun jenis main redah je..sebab tu hidup aku berterabur sekarang..tak tentu hala dibuatnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...