Followers

Wednesday, August 10, 2011

Mercun - Salah Siapa?

Setiap kali menjelang raya puasa mesti korang akan dengar kes budak hilang jari sebab mercun. Tetapi pernahkah korang dengar kes sedemikian waktu perayaan cina? Sedangkan mercun adalah sebahagian daripada perayaan cina. Tetapi kenapa hanya orang melayu saja kantoi?

Semasa kecil dahulu, aku sering dengar kes yang disebabkan budak tu letak belerang dalam batang besi lepas tu diketuk. Belerang kalau letak dalam batang besi jadi apa? Jadi bom lah jawapnya. Sebab tu jari dia hancur. Itulah orang melayu ni kreatif tak bertempat. Akal tuhan dah bagi tapi dia salahguna. Bila dah hancur jari mulalah mengelupur cakap nak insaf.


Disebabkan budak berlagak pandai sebegini akhirnya mercun diharamkan dijual dan bermain. Tapi bagi orang kaya atau Kerajaan mereka dibenarkan main mercun. Tak percaya tengoklah sambutan Tahun Baru atau Merdeka. Selamba anjing je dorang main mercun. Lepas tu disuruhnya kita ni menganga melihatnya.Rakyat jelata macam kita diharamkan pulak main mercun. Double standard dorang ni sial.

Aku pula Alhamdullilah sudah 20 tahun aku bermain mercun, setakat ini tidak mengalami apa apa kecelakaan. Sebenarnya mercun tidak mendatangkan mudarat sekiranya korang bermain mengikut peraturan dan akal fikiran yang waras.

Mengikut pengalaman aku selama 20 tahun, budak melayu ini kepala dia ramai yang tak betul. Bagi dorang mercun tu macam kuih raya agaknya. Sengaja dibaling pada orang lain. Padahal mercun sebenarnya boleh melukakan seperti bom cuma ianya tidak mampu membunuh disebabkan kandungan belerang yang sedikit.

Disebabkan itulah kita sering tengok kes budak cedera dibaling mercun. Perangai buruk ni dibawa sampai ke tua. Bila masuk stadium bawak mercun. Tu perangai dia dari kecil lah tu. Elok orang yang suka bawa mercun dalam stadium ni dicampak je dari bangunan SPRM. Biar mampus pecah kepala. Menyusahkan orang je.


Trend mercun sekarang yang diperbuat daripada plastik memang merbahaya. Sebagai contoh mercun bola. Mercun bola yang dibuat dari plastik, bila meletup kesan dia sama macam belerang letak dalam besi. Serpihan dia tajam. Tu pasal boleh hancur jari. Sebab tu kita dengar sekarang budak cedera main mercun bola. Padahal belerang dia sedikit je sama macam mercun yang dibalut dengan kertas.

Korang tak caya? Cuba tangan kanan korang genggam mercun papan, tangan kiri genggam mercun bola. Tengok tangan mana yang hancur. Aku dah banyak kali mercun papan meletup kat tangan. Pernah juga meletup depan muka. Tapi takde kesan luka cuma berdesing je telinga. Kalau meletup mercun bola kat muka, mesti korang jadi cacat seumur hidup hahahaha.

Disebabkan mercun bola ni bahaya, aku memang jarang pakai. Kecuali kalau terpaksa barulah aku guna. Aku lebih suka main roket sebab dia nampak cantik apabila meletup kat langit. Lagipun jiran aku ramai yang dah tua. Jadi tak eloklah buat bising sangat. Nanti ada pulak yang mati terkejut. Lagi susah aku dibuatnya.

Pesan aku, kalau nak main mercun boleh tetapi gunalah akal fikiran yang waras. Selagi korang berpegang pada akal fikiran yang dikurniakan Allah s.w.t, insyaallah korang akan selamat. Mercun tidak mendatangkan mudarat melainkan dengan izinNya jua.

Nak try letak karbaid. Mesti meriah malam raya hehehe
p/s: Aku ada idea ni sejak kanak kanak lagi. Kalau letak karbaid dalam meriam lama macam kat muzium tu mesti bestkan. Comform main sepuluh kalipun meriam tu tak akan pecah punya. Bunyipun mesti gempak. Kalau sesiapa ada meriam lama bolehlah try. Tapi risiko ditangkap polis tanggunglah sendiri hehehehe.

6 comments:

Anonymous said...

setakat ni, kelantan mengungguli acara mercun dgn 3 kes.

Gomo kelate Gomo!

hehehehe.

Anonymous said...

yelah. memang yang jadi bahaya tu sebab kult bahan yang digunakan untuk bikin mercun tu,

paling sadis, kes mercunn kat terengganu dulu.

2km je dgn kmpung aku.

bapak dia (umur 28) punya lah cerdik, dia beli sepaket mercun bola, ambik belerang then masuk dalam batang paip.

jadi bom lah tu. bodoh.

masa nak mampat belereang tu la mercun meletup dengan takdir.

dia cedera parah, anak dia umur 2 tahun mati tercampak atas dahan pokok, rumah pusaka hancur.

5km boleh dgr lagi. tu la cerita paling sadis aku dengar.

alan said...

asrul: belerang masuk dalam batang besi automatik jadilah bom..itupun orang melayu masih tak boleh fikir..sebab tu mercun balut dengan kertas tebal bukan dengan besi.

satu lagi mercun bola tu bekas dia plastik. itupun bahaya juga.serpihan plastik keras tu macam besi kalau meletup.sebab tu aku x minat mercun bola.

enyheartsdiamond said...

saya main mercun bawang je ;)

Alan said...

eny:mercun bawang tu apa?

Afzainizam said...

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
السلام عليكم ورحمة الله و بركاته
أهلا وسهلا يا رمضان!! ... رمضان كريم
”Selamat Berpuasa & Selamat Berbuka
firestartingautomobil.blogspot.com
bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~جزاك اللهُ خيراً~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
tip Pemeriksaan servis kereta

zaman aku dulu main meriam tak ade plak kejadian macam ni ..... main-main gak modified pun boleh tahan tapi keselamatan diutamakan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...