Followers

Saturday, May 14, 2011

Tips Nak Suruh Orang Komen Blog


Perghh dah 7 tahun aku blogging, rasanya inilah first time aku bagi tips wakakakaka. Tapi sebenarnya benda ni pun dah basi. Dah bersepah orang bagi tips yang sama. Tapi dah pesan tok guru aku, Sharing is Caring. Nak taknak aku kenalah buat juga.

Ok aku bagi tips macam mana nak suruh orang bagi komen kat blog korang. Hurmmm tapi blog aku sendiri tak ada orang komen. Macam mana tu yek ^_^" .........

Font
Benda ni adalah benda paling asas sekali. Kalau benda inipun korang gagal, insyallah korang akan gagal seumur hidup koranglah. Kalau ye pun korang nak tunjuk kawaii, tapi janganlah sampaikan font tu pun turut sama tergedik gedik. Gunakanlah font yang betul. Tak payah berkelip kelip macam lampu raya, terlalu kecil macam semut ataupun terlalu besau macam korang menjerit. Biarlah sedap mata memandang.

Komen (pop up)
Gunakanlah kotak komen secara pop up windows *bukan m-pop*. Kalau korang guna full page, memang sah slow dan membuatkan orang menjadi histeria. Silap silap ramai yang pakat nak terjun bangunan SPRM lepas komen blog korang.

Jangan Guna Word Verification
Inipun satu bala juga. Kalau iyepun nak amalkan sistem keselamatan yang ketat, janganlah sampai menyusahkan pengguna. Ianya melambatkan pengguna yang aktif dan cergas macam aku ni. Kiranya ada dua kerja kena buat. Dah lah kena bagi komen, lepas tu tulis pulak ayat mencarut. Kata pengesahan ini semua tak perlu. Syirik je ni semua.

Benarkan Komen Tanpa Perlu Log In
Haa yang ini satu lagi bala. Bala paling besau. Selalunya benda ni dibuat oleh blogger bajet cun ler. Kunun kunun taknak ada orang kutuk keayuan dorang. Dorang buat setting kalau nak komen kena log in dulu. Aku memang hangin satu badan kalau dapat yang jenis camni. Pengguna bukannya selalu ada masa nak log in semata mata untuk bagi komen. Mungkin mereka sekadar menumpang lalu. So mansuhkan juga sistem jumud ni yek. Biarkan komen masuk secara telus dan adil.

Blog Jangan Terlalu Berat
Biasalah diakhir zaman ni, bermacam jenis aplikasi dicipta. Dan ada juga blogger yang kemaruk nak letak bermacam benda dalam blog dorang. Gambau, musik, lampu kelip kelip, iklan, video sex Anwar Ibrahim dan bermacam lagilah. Secara tak langsung ianya melambatkan proses pembacaan. Ingat yek blog adalah tempat membaca. Bukannya ruang tamu atau kotak magik yang korang nak letak bermacam perhiasan atau barang.

Cerita Yang Menarik
Yang ini korang sendiripun tahulah. Mahukan komen dan kehadiran pembaca, cerita mesti ada bagus. Tapi aku sendiripun selalunya tak ada cerita yang elok. Banyak mencarut je. So kiranya ini cuma pilihan jelah. Kalau korang selesa dengan cara korang, teruskan jelah. Lagipun itukan jatidiri korang. Be your self. Itu yang paling penting.

Rajinkan Diri Menziarah Urusan Kematian
Korang kenalah rajin rajinkan diri menziarah blog orang lain. Datang bertanya kabau. Kalau boleh kasi sekali buah tangan. Kenal kenal dengan blogger lain. Kalau rajin join ler mana mana gathering. Mana tahu jumpa jodoh ke kat sana.

Hurmm tu jelah yang aku tahu. Yang lain lain tu korang boleh fikir sendirilah. Aku dah tunjuk jalan macam mana nak dapatkan komen. Terpulanglah pada korang sama ada nak ikut jalan yang lurus ataupun yang bengkok. Kalau dah rasa diri tu tersalah jalan, janganlah malu untuk balik semula ke pangkal jalan ^_^

9 comments:

cik ayin said...

yeahh...

1 lagi.rajin2 la komen blog org jugak....

Alan said...

ayin: aku lupa da blog ko ni..rasanya aku da follow tapi x jumpa pulak hehehe

Anna Boleyn said...

huaaaaaaaaaa..lamanya dah x dtg blog ni..okay kite dah start nk bw blk. hehe :p

tips yang mantop anw!!

alan said...

anna: dah lama x nampak hehehe

Blues Riders said...

dah ubah jadi pop up juga.. hehe..

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
bila blog kena block timbul

diy bumbung kereta karat

~~~~~@@@~~~~~~
Wahai guru yang dikasihi,
Engkaulah pelita diri ini,
Menerangi hati nurani,
Moga dirimu dirahmati
~~~~~@@@~~~~~~
Ya Allah peliharalah guruku,
Agar dipimpin terus hambaMu,
Agar terhindar dari Neraka,
Moga dibukakan pintu Syurga
~~~~~@@@~~~~~~
Tak terbalas jasamu
Berkorban jiwa raga
Mendidik anak bangsa
Jadi insan berguna
~~~~~@@@~~~~~~
Keikhlasan di hati
Hulur bakti dan budi
Kau penyambung warisan
Ilmu cahaya hat
i~~~~~@@@~~~~~~
Ampunkanlah wahai guruku,
Kesilapan anak-anakmu,
Ku serahkan jiwa ragaku,
Agar terdidik nafsu liarku
~~~~~@@@~~~~~~
Dengan izin Allahu Rabbi,
Engkaulah guru yang sejati,
Engkau bersabar mendidik kami,
Moga dirimu diberkati
~~~~~@@@~~~~~~

Afzainizam said...

//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
bila blog kena block timbul

diy bumbung kereta karat

~~~~~@@@~~~~~~

EEEEMMM banyak aku pelajari.... atas nasihat kamu ni aku akan ambil sebagai pedoman..... issshhhh bukan senang nak jemput orang datang blog ni.... bukan senang juga orang nak datang ziarah kita... susahhh susahhhh

Alan said...

rider: senang kalau buat pop up

Alan said...

afzainizam: mana ada susah..buatkan nasi minyak, fresh orenge, bungga manggar nanti ramailah yang datang hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...