Followers

Tuesday, May 31, 2011

Tiger Beer Bir Halal

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menegaskan pihaknya tidak pernah mengeluarkan sijil halal kepada pengeluar produk minuman 'bir halal' di negara ini. Jakim juga tidak mengiktiraf sijil halal daripada syarikat produk minuman yang diimport dari negara Timur Tengah itu.

Ini kerana produk minuman berkenaan tidak menepati piawaian dan prosedur makanan halal mengikut Standard Halal Malaysia MS 1500:2009. Beliau mengulas laporan akhbar mengenai penjualan produk minuman jenis bir yang kononnya halal dan banyak dijual di restoran tumpuan umat Islam termasuk yang menghidangkan sajian nasi Arab. 
Kes bir halal ni terbongkar minggu lepas selepas ada orang yang mahukan bir halal ini dibuat ujikaji. Sebelum ni aku tak pernah lagi dengar wujudnya bir halal. Akupun pelik macam mana bir ini boleh dikatakan halal. Tapi inilah antara pemikiran orang melayu kat Malaysia ni. Bagi mereka, apa sahaja yang datang daripada negara pak Arab, semuanya halal. Padahal kat sanapun bukanlah 100% umat islam.

Jika ditahun tahun sebelum merdeka, orang melayu mudah ditipu pak Arab yang datang berniaga batu cincin dan minyak atar. Orang melayu memanggil pak Arab ni Syeikh dan percaya semua pak Arab kononnya berketurunan Rasullullah s.a.w. Mereka dihormati membabi buta sehinggakan membenarkan pak Arab kahwin dengan anak perempuan mereka tetapi mereka tidak dibenarkan berkahwin dengan anak perempuan pak Arab diatas tidak sama status.

Begitulah orang melayu sejak zaman berzaman. Apa sahaja yang datang dari luar dihormati tak tentu arah tanpa usul periksa.

12 comments:

Zul De Alexis said...

benda camnie x yah minum lah...
selendang datang n follow.
thank sudi datang blog selendang.

Anonymous said...

Rahim Kajai memang tak suka Arab.

Dia cakap orang melayu ni taksub sangat dengan arab, semua dari arab dianggap islam pure.

Sebab tu dalam kajian, ramai orang melayu mengaku mereka Islam pertama, dan melayu kedua. (I'm Muslim first, malay second)


Kes Ellie Najem yang pledge derma RM1 billion pada MAKNA. Ellie nikah dengan budak melayu umur 21. Ellie ni arab lubnan kristian.

Tapi mak bapak budak melayu tu serah je anak dara dia pada Ellie, sebab Ellie ni arab. Tak usul periksa.

Padahal Elie tu bukan Islam. Tamak punya pasal.

bodo.

Alan said...

selendang: tq sebab datang

Alan said...

sophon: betul tu..puas aku nak ingat tokoh mana yang tak suka pak arab dahulu..nasib baik ko ingat lagi..rupanya rahim kajai..tapi ada lagi..tak silap aku pendeta zaba juga berpendapat sama.

kes ellie ni memang lawak gila..siap keluar suratkhabar dengan tv pasal kononnya si ellie ni hartawan nak derma pada MAKNA..sampai menteripun kena kencing sama kekekeke.

last last terbukti si dia ni orang lubnan cabuk. agaknya kat negara asal dia, dia ni hanya setaraf mat despatch je kekekeke

Mermaid Ungu said...

ahaha..pak arab tu mmg klako..brani tol buat pengakuan mcm tu..dasar cabuk dtg negara org buat pandai..yg kena org melayu gak la..klako2

Anonymous said...

da nama pun arak..halal ape nya kan

enyheartsdiamond said...

barbican pun tak halal kan? kalau mcm tu, minum air suam je lah :)

http://www.facebook.com/pages/Almari-Si-Pari-Pari-The-Fairys-Closet/145033855565960

Alan said...

ayunda: tau xpe..salah org melayu juga yang pecaya cakap dia buat apa.

Alan said...

ayin: entah ler kekekeke

Alan said...

eny: barbican tu apa?

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom Terjah entry terbaru ??

jumlah claim insuran kereta kemalangan

eeeemmm pernah terminum barbican rasa dia macam sabun banyak gas sampai kembung perut.. benda kita tak tau nak wat camner ... lepas ni dah syak wasangka tak mau gi

Alan said...

afzainizam: x penah minum pun :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...