Followers
Monday, May 16, 2011
Beza Anak Orang Kaya Dan Miskin
Sorry tajuk ni macam berbau rasis sikit. Maksud aku bukan hina orang miskin tapi entahlah. Aku tak reti nak cakap camner. Tapi benda ni memang aku selalu nampak. Dan aku selalu fikir benda ni bila nampak benda ni depan mata aku.
Kalau korang perasan, bagaimana sikap anak orang kaya atau dari keluarga peringkat menengah. Maksud aku anak kecil mereka. Biasanya adakah anak mereka akan menjerit sana sini tanpa menghiraukan sesiapa. Menanggis berguling guling atau bermain melompat tak tentu arah?
Setakat ini aku tak pernah nampak lagi. Bila aku lepak KLCC, Pavilion atau Times Square, aku tak nampak anak kecil dari keluarga ini yang berperangai sedemikian. Selalunya anak kecil mereka akan berdiam diri, penuh tertib. Kalau merayau sana sini adatlah budak kecil. Tapi selalunya masih lagi terkawal. Kalau ibubapa mereka tegur, mereka akan diam dan menurut kata.
Tapi kalau dari keluarga bawahan atau miskin, aku selalu nampak anak mereka akan bermain melompat, menanggis tanpa menghiraukan keadaan sekeliling. Walaupun ditegur ibubapa, anak mereka langsung buat tak tahu.
Aku tak salahkan anak kecil tu sebab mereka tak tahu apa. Tapi sebenarnya benda ini adalah berpunca daripada cara asuhan dan didikan ibubapa itu sendiri. Aku tak nafikan ibubapa daripada keluarga bawahan agak jarang mengambil berat soal didikan anak mereka. Mungkin mereka sibuk, ataupun tidak memikirkan hal hal sebegini. Bagi mereka ianya adalah perkara kecil sekiranya anak mereka tidak duduk diam jika bertandang ke rumah orang atau tempat awam.
Tapi bagi orang luar yang melihat, mereka beranggapan ibubapa ini tidak pandai mendidik anak. Malam tadi masa aku lepak mamak, aku nampak seorang budak kecil ni asyik merayau je sampai ke meja orang lain. Ibubapanya langsung tak peduli. Aku fikir adakah ibubapanya tak ada rasa malu pada orang lain kalau anaknya menganggu orang lain. Adakah mereka fikir mereka makan dirumah sendiri ke.
Sebab itulah aku tak pelik apabila melihat banyak masalah remaja berpunca daripada keluarga bawahan begini. Ini kerana sejak kecil mereka tidak mengambil berat soal didikan anak mereka. Apabila sudah besar, bagaimana mereka mahu mengajar ibarat kata orang tua "melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Dan jika sudah menjadi buluh yang keras, bagaimana lagi mahu melenturnya lagi.
So kalau korang ada anak, didiklah anak sejak kecil lagi. Jika mereka membuat salah, jangan takut untuk memukul mereka supaya besar kelak mereka tidak menjadi sampah masyarakat.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Sy bersetuju dengan Hazlina Shahrel (comment di fb awk). Sy org yg x berada pun and my mom didik sy elok juga. Kami adik beradik takde pun buat hal di khalayak org ramai. Budak yg awk nmpak kat kedai makan tu, anak org miskin ke? Kalau miskin takde lah makan kat kedai makan ek. Sy cume nak tekankan kat sini,takde perbezaan anak org kaya ke, org miskin ke, sederhana ke.Lagipun byk jugak masalah sosial yg kita 'nampak' and 'tak nampak' berkait rapat juga dgn org berada. Mase kecik2 bukan main beradab sopan, bile besar xkan terus hilang adab sopan tu ye tak? Kan dah dapat didikan yg bagus dr ibubapa :) So mestilah diamalkan smpai ke besar :) Dan juga, didikan tu tak semestinye mengajar adab sopan tatasusila di 'luar' shj. 'Dalaman' pun kene la beradab sopan, dgn lebih jelas pendedahan ISLAM, makanan hati kita. Kalau didikan ibu diamalkan smpai ke besar, rasenye insyAllah takde kot masalah2 sosial seperti 'comolot' yg bukan mahram di mane2 shopping complex dilakukan ye tak? :) Mmg sy tak nafikan, ade jugak org x berada buat tp lg sekali sy nak tekankan, TIDAK ADE BEZA pun anak org kaya and miskin dr tajuk yg awk ulaskan. Sy cume mmberi pendapat, terpulng saudara nk terima atau x. Sy belum juga bkahwin and rasenye sy lg mude dr awk but u should think deeper and fikir dr byk sudut. Tajuk mcm ni boleh mengecilkan hati mane2 pihak. Sy tak rase awk akan post comment ni. Btw have a nice day! And nnt dah kawen and dpt anak semoga dpt mengajar anak supaya beradab and tak bersentuh2an atau 'comolot' di shopping cmplex! :))
bro...
ayat2 lu menyakitkan hati org. sedangkan lu xde anak lg... dah ada anak nanti lu tau laaa langit tinggi rendah... atau lu abaikan je anak2 lu nanti hahaha...
kasi simpan blog lu ni baik2. dah ada anak nanti lu kasi buka... ada btul ka idak yg lu tulis ni...
lu mmg btul2 tempah isi neraka la. bukan senang mau minta maaf dgn sume org ooo... sendiri mau igt laaa...
yang pastinya, i will teach my handsome kids, jgn mencarut dan jgn jd playboy :p
golongan berada:
sy golongan berada dan hello, tlg buat research sebelom merepek ok. buat research kt KL yg masok kelab malam berzina minom arak tu org susah ke org byk duet? buat questionare dulu mane diorang dpt duet byk utk enjoy, mak bapak yg kaya jgk. itu didikan yg TERTIB KE beb?
budak yg tertib ko ingt smpai remaja die tertib ke? takde nye, yg berada ni la yg di bg byk duet dan merosakkan diri sendiri.
agak2 la klau nk kate freedom of speech in blog pon jgn la tunjuk benor bodo nye.
anon 3 ekor: wakakakakaka ada aku kesah?
Masuk terjah blog aku apahal. Macam aku ada jentik batang hidung mak bapak korang je weii wakakakakaka
eny: yup ^_^"
bro, sejujurnya entry yg dibangkitkan kali ni agak sensetip. hahaha. sy pn no komen je la XD
Sebenarnya banyak mende nak tuliss. tapi, dek kerana sebak.. adehh.. sikit je jadinya T_T . http://www.syedgraphix.com/2011/05/rindukan-suasana-sekolah-dan-16-may.html
syed: dorang x faham maksud aku..dorang keliru dengan title tu..
aku dah cakap akupun x reti nak explain tajuk camner..
tapi maksud aku adalah didikan anak hendaklah dari kecil..bermula dengan ibubapa..
ahh lantak doranglah..dorang tak puas hati pergi mampuslah..ada aku kesah.
what goes around comes around...hidup ni bak kata org KARMA
juz remember that
Kala sang miskin berkata
"Apa yang akan kita makan?"
Orang-orang kaya berkata
"Kita mau makan apa?"
Kala sang miskin berkata
"Besok kita mau makan apa?"
Orang-orang kaya berkata
"Besok kita makan apa?"
Kala sang miskin berkata
"Mau bayar dengan apa?"
Orang-orang kaya berkata
"Mau bayar berapa?"
Kala sang miskin berkata
"Kapan saya bisa berpendidikan?"
Orang-orang kaya berkata
"Sampai kapan saya terus berpendidikan?"
Kala sang miskin berkata
"Kapan saya punya harta?"
Orang-orang kaya berkata
"Saya jangan sampai kekurangan harta"
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Maaf lama tak ziarah kamu semua….
Jom Terjah entry terbaru ??
diy repair dan spray helmet lama
anon: ko percaya dengan buddha ke dok pk karma karma ni?
afzainizam: bahasa indonesia erkk
Post a Comment