Followers

Tuesday, April 19, 2011

Semut - Pandangan Makrifat Dan hakikat


Dalam kehidupan kita seharian, kita sering terlepas pandang kepada kehidupan lain. Sebenarnya, didalam dunia ini, bukan kita manusia sahaja yang ada. Sebaliknya kita berkongsi dunia ini dengan pelbagai lagi kehidupan sama ada makhluk yang nyata ataupun yang tersembunyi.

Petang semalam semasa aku minum kat mamak, aku terpandang kepada sekor semut diatas meja aku. Sebenarnya sudah lama aku tak melihat semut. Bukannya melihat macam kita melihat secara biasa. Tetapi kita melihat semut dengan perspektif lain.

Last aku melihat semut dengan pandangan hati mungkin semasa aku sekolah rendah. Maklumlah zaman kanak kanak semua benda kita buat main. Bila dah meningkat dewasa, kita tidak lagi memerhatikan haiwan atau serangga kecil.


Semut yang biasa kita lihat adalah serangga kecil. Mempunyai 6 pasang kaki dan sepasang sesungut. Bila berjalan ianya merayap rayap. Ada berwarna hitam, merah ataupun kuning.  Semut mempunyai semangat kekeluargaan yang kuat. Setiap kali semut berjalan, ia akan mengeluarkan sejenis bahan kimia yang membolehkan semut lain menjejakinya.

Walaupun kita lihat semut hanyalah serangga kecil, tetapi ianya mempunyai semangat perjuangan hidup yang kuat. Ia tidak pernah menyalahkan takdir walaupun badannya kecil dan halus. Semut tidak menjadikannya sebagai halangan untuknya mencari rezeki dibumi Allah yang luas ini. Dan semut sentiasa berkongsi rezeki yang dia dapat bersama ahli keluarganya yang lain.

Walaupun banyak rintangan yang perlu semut lalui untuk mendapatkan rezeki, tetapi ia tidak pernah mengeluh. Semut tetap bersabar dan berusaha walaupun ia terpaksa keluar jauh daripada sarang dan kawanannya. Apa yang penting adalah rezeki yang dia dapat akan dikongsi bersama. Itulah falsafah yang dipegang oleh seekor semut.

Banyak yang kita boleh pelajari daripada seekor semut. Mungkin pada kita, semut hanyalah serangga kecil dan lemah. Tetapi setiap makhluk Allah ada kelebihan dan hikmahnya. Terpulanglah kepada kita untuk melihat dan mengambil iktibar daripadanya.

2 comments:

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom Terjah entry terbaru ??
Honda ex5 dan Honda wave

Apa kata manusia?

Bila Semut Menggigit, ramai yang menyumpah-nyumpah seperti,

"Adoiii! Celaka punya semut!"
"Dah tak cukup makan ke wahai semut, sampai aku pun kau gigit!"
"Jaga kau, nanti aku 'spray' Ridsect, mampuslah engkau semuanya!"
"Nyah kau dari kebun aku, binatang tak sedar diri!"

Amat kurang yang berkata,

"Alhamdulillah! Gigitan mu mengingatkan ku siksaan di alam kubur."
"Alhamdulillah! Engkau telah memakan sisa makanan ku."
"Pergilah semut, kau juga makhluk Tuhan. Bila aku dikebumi nanti kau gigitlah sepuas-puasnya."
"Alhamdulillah! Kau telah menyuburkan tanah kebun ku!"

Alan said...

afzainizam: jarang orang perasan benda macam ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...