Followers

Thursday, April 21, 2011

Original Atau Pirate


Akhir zaman ini kita dilambakkan dengan pelbagai barangan tiruan. Malah negara pernah digemparkan dengan kes telur ayam tiruan. Begitulah hebatnya Malaysia sampaikan kononnya telur ayampun boleh buat pirate. Tapi adakah barangan tiruan ini tidak elok dan bolehkah ianya dihapuskan?

Persoalan ini sudahpun wujud sejak ribuan tahun dahulu. Isu cetak rompak misalnya sudah lama wujud sejak sebelum kelahiran mp3 lagi. Piring hitam ditahun 50 dan 60 an juga telah dicetak rompak. Aku ingat lagi semasa kecil, di pasar malam ramai penjual kaset yang menjual kaset tiruan berharga RM3.99, Rm4.99. Dulu kaset murah tau hehehehe. Bila zaman berubah, begitu juga dengan kaset. Dari kaset berubah kepada cd dan kemudian kepada dvd. Dan akhir sekali pengguna hanya mennggunakan softcopy saja seperti mp3.

Dan sekarang dunia sudahpun hampir kiamat, tetapi adakah kita mampu menangani masalah ini? Pada aku, kita tidak akan mampu. Sebabnya selagi kita masih bergelar manusia, kita akan terus menggunakan barangan cetak rompak. Sudah menjadi tabiat manusia, akan menggunakan barangan atau peralatan yang lebih murah atau mudah. Biarpun kita mempunyai wang yang banyak. Inilah fitrah manusia.


Dan secara jujur, akupun tidak berminat membeli barangan yang mahal sedangkan kita mempunyai pilihan untuk mendapatkannya dengan harga yang murah. Misalnya kasut Crocs yang original mencecah ratusan ringgit. Tapi kalau di uptown kita boleh dapat berpuluh ringgit. Dan akhirnya kemana kasut Crocs itu diletak? Sudah tentu dikaki bukan.

Aku lebih suka membeli barangan yang murah walaupun orang kata tak ada kualiti. Pada aku kualiti bukan penting. Yang penting adalah praktikal. Buat apa beli kasut mahal mahal sedangkan ianya diletakkan di kaki. Begitu juga dengan dvd. Teknologi sentiasa berubah. Dvd pirates pun setanding cantik malah ada yang lebih cantik dan baik daripada dvd original. So what the point aku nak beli yang mahal sedangkan yang murah adalah lebih baik?

Benda ini semua bergantung pada kehendak pengguna itu sendiri. Sebab itulah mana mana kerajaan dalam dunia tidak akan mampu menghapuskan cetak rompak. Kerana yang menggalakkan cetak rompak adalah manusia itu sendiri.

Tak ada sesiapa ke nak cipta minyak petrol cetak rompak? Kalau ada akupun nak beli hehehehe.

3 comments:

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom Terjah entry terbaru ??
Honda ex5 dan Honda wave

eeeemmm kita mmg ngaku kita tak mampu beli... wwarrgghhhh seluar pun levis cap siam tau.... beras pun makan cap siam...

kita kalau mau bergaya kena alah membeli menang memakai... biar papa asal bergaya ... mana bolehhhh bebbbb.... tu ajerr yang aku mampu cap siam pun cap siam lerrr

Anonymous said...

Sama macam baju. Dulu aku beli baju yang bagus n tebal. Konon boleh tahan sampai 3,4 taun.

Leni aku beli baju murah lak. RM8 pun ada, kadang2 bundle.

Ala membeli menang memakai.

hehehe..

alan said...

afzainizam: akupun pakai suar siam hehehe..wat pe beli mahal mahal..mengarut je semua tu.

sophon: aku beli baju original tapi bukan yang mahal ler..aku beli kat the store..itupun kalau ada sale hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...