Sejak beberapa bulan yang lepas, kerajaan sudah memulakan kempen hari tanpa beg plastik. iaitu setiap sabtu pasarraya besau tidak menggunakan beg plastik untuk pelanggan. Sebaliknya pelanggan perlu membawa beg sendiri untuk mengisi barangan. Tetapi sekiranya pelanggan tetap sial mahukan beg plastik, pelanggan dikenakan bayaran 20 sen setiap satu.
Pada aku, kempen ini ok cuma ianya sudah terlambat dijalankan. Sepatutnya ianya dimulakan 20 tahun lalu ketika beg plastik mula menjadi kegemaran orang ramai. Tapi macam biasalah ada puak yang membantah. Biasalah manusia di akhir zaman ni biasanya nak hidup senang. Semuanya nak benda depan mata. Cubalah bawa sendiri beg plastik. itu susah ke. Tapi bila suruh makan pandai pulak tu.
Caj 20 sen yang dikenakan pada hari sabtu amatlah tak patut. Sepatutnya mereka dikenakan satu sebatan untuk satu beg plastik. Itu lebih baik untuk mengajar golongan sial yang degil. Beg plastik mengambil masa lebih 400 ratus untuk reput dengan sendiri. Kalau ianya dibakar, ia akan mengeluarkan gas beracun yang seterusnya akan kembali memasuki paru paru kita.
Aku ingat lagi tahun 50,60 dan 70an. Waktu itu beg plastik langsung tidak mengancam masa depan kita. Barang yang dibeli akan dibalut menggunakan kertas surat khabar. Jika membeli minuman atau makanan, pelanggan akan membawa sendiri bekas makanan sendiri untuk diisi.
Best hidup waktu dulu. Hidup aman damai je tanpa sampah sarap yang menyesakkan.
4 comments:
tutup saja kilang beg plastik.. hehe..
blues: betul juga tu hehe
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jom Terjah entry terbaru ??
rxz 5 speed 6 speed catalyzer
eeeemmmm nak wat camnerrr kat pasar pun masih guna bag plastik pasal murah pun...
jommmm sama-sama kita bertanggungjawab pada alam sekitar
afzainizam: kita sepatutnya sudah boleh mencipta teknologi menghasilkan beg plastik mesra alam
Post a Comment