Followers

Sunday, April 17, 2011

DSLR

Akhir zaman ini, bersepah budak budak pakai kamera DSLR. Jika dahulu ianya adalah peralatan golongan profesional tetapi sekarang budak sekolah pun bersepah pakai. Akupun tak tahu mana dorang dapat duit. Jual bontot gamaknya hahahaha.


Anyway suka atau tidak, ianya dah menjadi trend diakhir zaman sekarang. Dan akupun pernah pakai kawan aku punya dulu. Memang dia best, superb, cool dan macho. Ianya mampu membuatkan orang yang muka macam tembok pecah jadi sehensem Jonny Deep ataupun membuatkan mak nyah secantik diva. Tanpa perlu pakai susuk youlsss.

Sejak aku try kawan aku kamera, aku pun dah mula tangkap cintan sama ini benda. Tapi aku ada masalah sebenarnya. Masalah duit tu satu hal tapi takpe boleh kawtim sama bonda. Masalah problem yang paling besar adalah semangat.


Aku ini sebenarnya antara manusia yang tak kuat semangat. Atau bahasa kotornya hangat hangat taik ayam. Dah banyak benda dah aku buat macam ni. Dulu orang sibuk main PS2, akupun beriya iyalah nak beli. Bila dah beli, haram tak sentuh langsung. Orang main netbook, akupun dok belek belek cari netbook. Bila dah dapat, aku letak bawah katil je. Benda mahal yang aku main setiap hari cuma Elisya je. Main dengan Elisya pergi kerja balik kerja.

Sebab inilah aku dah malas nak beli benda mahal mahal. Sebabnya aku tahu, memang kamera ni nanti aku simpan dalam almari jelah. Dah ler keja hari hari. Cuti pulak dok tidor je. So bila masanya aku nak bermain dengan kamera ni kalau beli. Lagipun life aku simple. Pegi kerja, balik kerja. Malam lepak mamak. So dah tu rutin setiap hari. Memang sah takkan main ler kamera ni nanti.

Tapi dalam hati rasanya mesti nak beli juga. At least mesti beli dan simpan dalam almari kemudian. Selalunya itulah perangai aku. Dah tahu benda tu membazir, tapi tetap buat juga. Apa nak buat kan orang cakap membazir tu kawan setan ^_^"

Anyway aku sebenarnya ada atuk DSLR yang bebudak zaman sekarang ni pakai. Memang old skoll habis. Peninggalan harta pusaka turun temurun. Sayang flash dia dah hilang sebab aku buat main macam pistol laser masa kecik dulu.



Old skoll kan hehehe. Nanti aku buat entry pasal kamera ni. Dah lebih 30 tahun umur kamera ni wooo ^_^:

12 comments:

Anisa Hang Tuah said...

nis tercari2 kamera mcm tu.
nak~~

alan said...

nisa: ni kamera analog..pakai filem..dah rosakpun hehehe

cik ayin said...

minat lagi kat camera lama ni.... :P

alan said...

ayin: yeke ^_^"

Naisophon said...

malu bila baca balik entri tu. tu aku padam.

sekarang xda mood nak blogging.

Naisophon said...

netbook ko x pakai ke?

Alan said...

sophon: apesal malu pulak..blog ko, suka hati ko lah nak letak apa pun...kadang2 je aku pakai netbook tu.

BΛBYDIΣRΛツ said...

Ehh , camera awak pown ok jugak kan . nice :)

alan said...

baby: ok ke huhuhu

Abang omega said...

http://malaysiaheaven.blogspot.com/2011/04/anwar-ibrahim-gila-publisiti.html

Ko ni kan, tak habis-habis dengan nak hentam abang omega ni.. :D

storyfromme said...

peh,memang old skool la.

alan said...

story: hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...