Followers

Tuesday, April 19, 2011

Cina Rasis


SESUATU yang menarik berlaku di lobi Parlimen semalam, apabila Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein ditanya apakah tindakan yang akan diambil ke atas Mingguan Malaysia berikutan tulisan Awang Selamat dalam ruangan pojoknya di akhbar tersebut menyentuh mengenai sikap pengundi Cina. Soalan yang dikemukakan kepada Hishammuddin jelas menjurus ke arah desakan supaya Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengambil tindakan, atas alasan Awang Selamat dan Mingguan Malaysia bersikap perkauman.

Tetapi Hishammuddin bijak memberi jawapan. Beliau menganggap seperti juga akhbar-akhbar lain, akhbar Mingguan Malaysia berhak untuk memberikan idea serta membuat ulasan mengenai sentimen dalam landskap politik negara. "Itu hanya idea, kita lihat akhbar The Star, mereka juga bercakap mengenai pelbagai sentimen dalam politik negara, kita lihat juga akhbar berbahasa Cina, saya pantau laporan mereka mengenai sentimen politik negara adalah begitu teruk sekali.

"Bagaimanapun, kita perlu memberikan semua akhbar-akhbar ini ruang kerana mereka tahu landskap politik negara yang kini bukan sahaja telah berubah, malah jauh lebih berbeza daripada sebelum ini.'' Itulah jawapan tegas yang diberikan Hishammuddin sekali gus menutup mulut pihak-pihak tertentu terutamanya daripada media pro pembangkang yang mahu sesuatu dilakukan ke atas Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia yang dianggap akhbar rasis.

Sepatutnya sebelum pihak-pihak berkenaan membuat tafsiran atau andaian apatah lagi memutar belit fakta, mereka perlu mengkaji terlebih dahulu apa yang dimaksudkan oleh Awang Selamat dalam ruangan berkenaan. Awang Selamat tidak menyatakan BN perlu menolak undi Cina, sebaliknya mencadangkan berdasarkan keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10 BN perlu merangka strategi baru tanpa mengharapkan pengundi Cina akan kembali menyokong parti itu.

Malahan Awang Selamat juga menegaskan, BN mampu memerintah tanpa sokongan kaum Cina, walaupun senario itu mahu dielakkan. Tetapi malangnya tulisan berkenaan tidak dibaca dalam konteks sebenar, maka wujud pelbagai tafsiran membuta-tuli yang boleh mengusutkan keadaan.

Persoalannya, apakah masyarakat Cina begitu istimewa sehinggakah tiada siapa pun boleh mengupas atau memberikan pandangan terhadap sebarang tindakan mereka? Kita bukanlah ingin mencetuskan isu perkauman tetapi sekadar bertanya memandangkan selama ini apabila media-media pro pembangkang membangkitkan sesuatu perkara berkaitan orang Melayu, tiada pula ia dianggap perkauman.

Tetapi kenapakah apabila Awang Selamat hanya sekadar memberikan pandangan, ia dianggap tindakan perkauman dan perlu dikenakan tindakan.

Bagaimana pula dengan tulisan-tulisan di dalam akhbar-akhbar Cina. Sesiapa juga yang mengikut ruangan 'Dari akhbar Cina' dalam Utusan Malaysia akan mendapati betapa rasisnya sesetengah tulisan sehingga ada antara tulisan itu memperlekehkan usaha kerajaan, menyindir orang Melayu dan memburukkan bekas-bekas pemimpin negara.

Jangan lupa ada sesetengah tulisan memberi pandangan bagaimana kaum Cina bangkit menguasai politik, tetapi orang Melayu tidak marah atau melenting kerana menganggap itu hak penulis berkenaan memberikan pandangan.

Oleh itu, Hishammuddin telah memberikan jawapan yang bijak dengan menyatakan laporan akhbar berbahasa Cina mengenai sentimen politik negara lebih teruk sekali.

Berdasarkan jawapan itu, mana-mana pihak tidak perlu sensitif tidak tentu fasal sehinggakan kalau ada sesiapa hendak menyentuh soal pendirian masyarakat Cina, ia dianggap perkauman. Tidak salahnya kita memberikan pandangan berdasarkan realiti semasa dan dalam konteks ini, Awang Selamat memberikan pandangan berlandaskan keputusan Pilihan Raya Negeri Sarawak Ke-10.

Sesiapa juga yang mengikuti keputusan berkenaan akan membuat andaian dan cadangan yang sama kerana jelas majoriti masyarakat Cina di Sarawak tidak memihak kepada BN biarpun kerajaan BN sudah melakukan pelbagai usaha bagi meningkatkan taraf hidup mereka, selain memenuhi segala permintaan mereka.
Kejayaan DAP meraih 12 kerusi berbanding enam kerusi pada 2006 menjadi bukti bahawa masyarakat Cina memang tidak menyebelahi BN.

Jika senario ini berterusan, sudah pastilah ia membahayakan BN dalam pilihan raya umum akan datang. BN selama-lamanya tidak boleh menggunakan strategi lama atau bergantung kepada sesuatu kelompok sahaja untuk terus berkuasa.

Oleh itu, tidak salah jika BN seperti mana cadangan Awang Selamat mencari strategi baru dan bukannya 'terus merayu dan dipenuhi segala permintaan jika akhirnya sokongan tetap kepada DAP.'

Senario ini juga sudah berlaku di beberapa pilihan raya kecil sebelum ini seperti di Hulu Selangor, Galas, Tenang, Kerdau dan Merlimau. Walaupun BN menang tetapi tahap sokongan masyarakat Cina kepada parti itu masih rendah, biarpun segala permintaan mereka dipenuhi.

Apabila Awang Selamat mengemukakan cadangan supaya BN mencari kaedah baru bagi menghadapi kemungkinan kehilangan sokongan pengundi Cina, ia bukanlah rasis tetapi strategi berlandaskan realiti landskap politik negara yang semakin berubah.

Ini samalah juga ketika di Galas dahulu apabila BN terpaksa mengubah strategi dengan memastikan sokongan Orang Asli meningkat memandangkan pengundi Melayu berpecah kepada dua kumpulan berikutan pertembungan dengan Pas.

Ketika itu tidak ada pula orang Melayu menuduh BN mengetepikan mereka kerana memahami itu sebahagian daripada percaturan strategi dalam pilihan raya, tetapi kenapa pula apabila sesuatu pandangan itu berkait dengan kaum Cina ia dianggap rasis?

Justeru janganlah melatah tidak tentu hala sedangkan kalau dikaji sesetengah laporan yang dibuat oleh akhbar-akhbar berbahasa Cina bukan sahaja 'rasis', malahan cukup menyakitkan hati orang-orang Melayu.
Begitu juga sikap sesetengah portal pro pembangkang yang sering menyiarkan artikel atau kenyataan yang boleh ditafsirkan berbaur perkauman. Namun, tidak ada pula mana-mana pihak yang kononnya anti perkauman menyuarakan pandangan atau membuat desakan kepada Kementerian Dalam Negeri.

Tetapi apabila Utusan Malaysia atau Mingguan Malaysia membangkitkan sesuatu isu berkaitan dengan kepentingan orang Melayu atau menyentuh sikap kaum Cina terus sahaja dituduh perkauman.
Sudah pastilah isu ini tidak akan diam begitu sahaja kerana akan ada pemimpin-pemimpin pembangkang Melayu akan mengambil kesempatan.

Mereka akan membuat pelbagai tuduhan bukan sahaja kepada Utusan Malaysia dan Mingguan Malaysia tetapi juga Hishammuddin yang pastinya akan dituduh 'berat sebelah'.

Apa pun, rakyat sudah bijak menilai segala yang berlaku termasuklah bagaimana istimewanya layanan kerajaan BN kepada pengundi Cina setiap kali pilihan raya tetapi akhirnya undi mereka entah ke mana.

5 comments:

Anonymous said...

Hishamudin. Ramai pertikai wibawa dia. Pandai beri amaran. Tindakan tak ada.

Alan said...

sophon: itulah satu masalah dia hehehe

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Jom Terjah entry terbaru ??
Yamaha 125z

yuppp cakap tak serupa bikin lah tu..... cakap pandai buat belum tahu kan....

alan said...

afzainizam: yup

Anonymous said...

ini satu lagi isu rasis yang best: KITA SABAR MEREKA TERUS MENCABAR - www.muslimconsumer.org.my . Baik punya rasis!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...