Followers

Thursday, April 07, 2011

Bahaya Kepala Air

SEREMBAN: “Saya terkilan tidak sempat menarik baju yang dipakainya walaupun dia menjerit meminta tolong,” kata seorang pelajar kolej swasta, Nurul Faizah Nor, 19, rakan kepada dua mangsa lemas ketika berkelah di kawasan rekreasi Sungai Gunung Berembun, di sini, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, kedua-dua mangsa masing-masing pekerja kedai kasut, Khairun Niza Kharul, 18, dari Mambau, dekat sini dan teman lelakinya yang juga pelajar kolej, Mohd Rozane Baddarudin, 19, dari Klang, Selangor ditemui lemas selepas berkelah di situ.

Katanya, mereka berempat datang dari rumah sewa di Seremban Dua, dekat sini, menaiki dua motosikal ke kawasan rekreasi itu, kira-kira jam 12.30 tengah hari. Menurut Nurul Faizah, ketika kejadian dia bersama tiga rakan itu mandi-manda di kawasan air terjun di kawasan berkenaan sebelum hujan lebat secara tiba-tiba menyebabkan paras air sungai meningkat secara mendadak.

Namun, saya dan Khairun Niza terus mandi sebelum berasa tidak sedap hati melihat paras air semakin naik dan terus naik ke batu,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, di sini, semalam.

Dia yang masih kelihatan terkejut dan trauma berkata, sebaik berada di atas batu dia menoleh ke arah rakannya itu dan terkejut melihat Khairun Niza terkapai-kapai dan menjerit meminta tolong selepas dihanyutkan arus deras.

Katanya, dia hanya sempat menarik baju Khairun, tetapi terlepas kerana arus deras menariknya dan melihat kejadian cemas itu,Mohd Rozane terus terjun untuk menyelamatkan teman wanitanya. “Dalam keadaan arus deras Mohd Rozane turut lemas dan mujur saya sempat melompat ke atas kayu dan memanjat ke tebing ketika hampir dibawa arus. - Harian Metro

Benda ni biasalah berlaku kalau hujan. Orang tempat aku panggil benda ni "kepala air" Maksudnya air yang turun secara tiba tiba. Benda ni selalu jadi time hujan lebat. Sebab tu orang tua tua pesan , kalau hujan jangan mandi sungai.

Akupun selalu ingat pesan ni. Memang kalau mandi sungai, turun hujan ataupun cuaca berubah mendung memang aku cepat cepat naik. Sebabnya kadang kadang walaupun hujan tak turun lagi kat tempat kita mandi, tapi di hulu sungai mungkin dah hujan.

Air Terjun Chamang. Tempat aku. Dah ramai orang mati kat sini
Kalau hulu sungai hujan itu yang bahaya. Air akan jadi deras dan banyak tiba tiba. Dah banyak kes berlaku kat tempat aku macam ni. Cuma tak ada report kat media je. Melainkan kalau mayat hilang dua tiga hari barulah kecoh. Kalau jumpa cepat, kes ni ditutup je.

Biasanya benda selalu berlaku pada orang luar. Sebab kadang kadang orang luar ni degil. Dah ada tanda bahaya pun buat tak tahu je. Bila dah jadi kes barulah kelam kabut. Nasiblah kalau degil, mati ler jawapnya hehehehe.

6 comments:

storyfromme said...

ish,takutnye.hari tu baru pegi air terjun chamang.patut la bf saya berat hati je nak bagi mandi.baru tau bahayanya kat chamang tu.

Anonymous said...

Ouh macam tu ye Alan. Faham-faham. Malang tu tak berbaukan.

alan said...

story: pegi x cakap pun hehehe

tira: ada juga malang berbau..macam kebakaran hehehe

norfaridahanum said...

alkisahnya..bila dah terang pasal "kepala air" camnih barulah faham nape org tua2 tak bagi mandi waktu hujan.kira sy antara yg degil jugak r sebenarnya.haha

Anonymous said...

Hahaha..

alan said...

norfaridah: memang bahaya benda ni..sebab air datang secara tiba tiba.

tira: ^_^"

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...