Followers

Monday, March 14, 2011

Memoir A.Razak - Emo Boy



Sepertimana yang semua tahu, pemimpin kesayangan kita, Tun Mahathir sudahpun melancarkan buku bertajuk A Doctor In The House. Buku yang mengisahkan sejarah pemerintahan Tun, mengisahkan kisah disebalik Ops lalang 1987, siapa Anwar dan bagaimana kisah Anwar bersama 4 orang perempuan hehehe. Memang agak panas dan kontroversi buku ni tapi apapun aku tetap sokong Tun dari dulu hingga sekarang.

Insyaallah aku akan beli buku ini nanti tapi tak dapat ler tandatangan Tun huhuhu. Setakat ini aku dah membaca 3 buah buku memoir. Hikayat Abdullah, Meniti Lautan Gelora (Said Zahari) dan Memoir Abu Samah (Gerakan Rejimen Ke-10 Komunis Melayu). Aku juga dah baca buku Dilema Melayu, karya terhebat Tun Mahathir.



Aku pernah terfikir untuk membuat buku memoir aku sendiri. Bukan untuk diterbitkan. Siapalah yang nak membeli kalau aku jualpun. Cuma mungkin berguna untuk rujukan anak cucu suatu hari nanti.

Ianya suatu idea yang baik. Dah lama aku fikir. Kalau aku nak buat, aku perlu ingat kembali peristiwa yang aku alami semasa kecil, dari mana asal usul aku, pengalaman dan kenangan yang pernah aku lalui.

Susah gak. Dah lah ingatan aku ni lemau semacam. Nanti lebih banyak mitos dari fakta pulak. Silap haribulan jadi hikayat dongeng sudahnya bukannya memoir. Tapi insyallah aku akan tetap usahakan. Dan mungkin aku campurkan juga dengan apa yang aku tulis didalam blog ini. Itupun kena tapis juga. Sebabnya banyak juga cerita hikayat dongeng didalam Emo Boys ni huhuhuhu.

Apapun doakanlah semoga projek aku ini akan berjaya.

6 comments:

Anonymous said...

aku rasa - ada album gambar pun dah cukup.

Aku letak gambar family kat flickr. Mereka boleh akses dari sana.

Buat momoir tu cun, tapi dalam bentuk manuskrip lah kot.

Ke macam mana?

alan said...

buat memoir tu macam buku tun ni ler..siap biodata, rujukan, gambau..ko x penah baca buku memoir ke hehehe

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

semalam aku curi-curi baca kat MPH nak beli tak mampu mahal RM100 tau...

“Memoir Doktor Dalam Rumah”

Seperti telah diduga, sebaik sahaja naskah “Memoir Doktor Dalam Rumah” ini dilancarkan, pelbagai kritikan dibuat terhadap kesahihan setiap fakta yang diutarakan oleh Mahathir. eeemmm aku tak berani nak komen ...



yg penting tengok gambar pasal mmg tebal sangat buku tu

Alan said...

afzainizam: xdelah mahal mana huhuhu..buku tu lebih 800 mukasurat.

Anonymous said...

Pernah baca;

Fakeh Syamsiah. Kalau memoir dlm BM aku baca la. Kalau dalam BI aku tak baca, feeling tak masuk..

The Malay dilemma ada versi updated, ko dah baca?

Alan said...

sophon: syamsiah fakeh tu aku x beli lagi..memang nak baca..nantilah turun mph cari..

samalah kalau dalam bi aku x paham ayat dia hehehe

malay dilema yang update aku dah beli yang version lamapun ada juga...

sebenarnya banyak buku memoir yang aku nak beli cam zainuddin maidin, tun daim..tapi masalahnya aku kena turun kl kalau nak beli..kat kg aku jgn harap ler ade jual.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...