BATU NIAH 1 Mac - Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi semalam bertindak tegas apabila menolak untuk memotong reben sebagai simbolik perasmian bangunan kabin Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Subis yang terletak kira-kira 100 kilometer daripada Miri.
Keengganan itu berpunca daripada rasa tidak puas hatinya apabila melihat kualiti struktur binaan kabin itu yang tidak mencapai standard Kementerian Pelajaran.
Menurut beliau, masalah itu bukan hanya berlaku di SMK Subis, bahkan turut membabitkan keseluruhan projek pembinaan bangunan kabin kelas di sekitar Subis dan Baram.
Katanya, daripada 32 buah blok yang sepatutnya dibina, hanya enam blok sahaja yang disiapkan dalam tempoh yang dijanjikan serta menepati kriteria digariskan kementerian.
"Kalau ikutkan hati, saya sangat marah dengan kontraktor terbabit, pembinaan kabin tersebut amat mendukacitakan sehingga ada yang tidak siap dan ditinggalkan begitu sahaja.
"Kalau yang dah siap pun, ia tidak mematuhi ciri-ciri yang kita kehendaki seperti ada kabin yang tiada sistem perparitan, tangga tidak mematuhi aspek keselamatan selain material yang digunakan bukan yang ditetapkan," katanya yang jelas amat kecewa dengan perkembangan itu.
Sumber: Utusan Malaysia
Aku setuju keputusan Dr. Mohd. Puad ni. Kontrak sudah diberikan, bayaran juga bukannya sedikit. Tetapi hasil kerja memang tahap gampang. Inilah masalah yang selalu dihadapi oleh kerajaan.
Projek dibuat tapi hasilnya macam sial. Belum campur lagi tuntutan yang pelik pelik. Harga barang bernilai 2 ribu tapi tuntutan dibuat sampai 10 ribu. Baki duit lain masuk poket. Benda ni bukan disebabkan kontraktor saja tetapi ada pegawai kerajaan lain yang terlibat.
Kerajaan harus menyiasat perkara ini. Pastikan kontraktor yang terlibat disenaraihitamkan. Siasatan juga pegawai pegawai yang terlibat. Kenakan hukuman yang berat kepada mereka yang bersalah. Pegawai sebeginilah yang menconteng arang ke muka Kerajaan.
2 comments:
,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
uihhhhhh sudah terang lagi bersuluhhhh.... mmg lerrr kalau dah kontraktor untung tapi kerja tak sempurna.... aku pun tak nak potong reben tu.....
afzainizam: semuanya ada unsur rasuah ler ni
Post a Comment