KUALA LUMPUR: Gabungan Persatuan Peniaga Alat Ganti Kejuruteraan dan Kenderaan Malaysia (FEMPTAM) mahu kerajaan menimbang semula pelaksanaan larangan mengimport alat ganti kenderaan terpakai bermula 1 Jun ini yang dilihat membawa lebih banyak kesan negatif kepada pelbagai pihak.
Presidennya, Lim Wei Fook berkata, jika larangan itu diteruskan, tidak mustahil lebih 5,000 kedai alat ganti terpakai seluruh negara akan gulung tikar manakala kira-kira 250,000 pekerja yang terbabit dalam bidang itu akan hilang pekerjaan.
“Sebaiknya, kerajaan perlu mengkaji kesan jangka panjang yang terpaksa ditanggung semua pihak termasuk pemilik kenderaan persendirian mahu pun pengangkutan awam kerana alat ganti kenderaan tiga hingga lima kali ganda lebih mahal berbanding terpakai.
“Bayangkan bebanan yang terpaksa ditanggung jika pemilik kereta terpaksa menggantikan kotak gear rosak dengan alat ganti baru yang rata-ratanya bernilai lebih RM15,000 bagi kebanyakan kereta model tempatan berbanding alat ganti terpakai yang bernilai tidak lebih daripada RM3,000,” katanya.
Hahaha ini memang kerja gila. Kalau kerajaan nak lingkup, buatlah undang undang rimba ni. Mana taknya, harga barang baru dah memang melantun lantun. Belum campur lagi barang yang dah tak keluar kilang lagi. Mana nak cari kalau kerajaan larang import spare part.
Cuba korang tanya harga gearbox kereta perdana berapa. Memang berguling guling ler korang kalau beli baru. Spare part Elisya akupun harga dia dah boleh buat aku hantuk kepala kat dinding.
So aku nasihatkan kerajaan, jangan ler wat keputusan yang boleh menjahanamkan diri sendiri. Penat dah blogger dok back up kerajaan. Tapi kalau buat juga keputusan salah, takde sapa boleh tolong dah lepas ni.
3 comments:
║║╔║║╔╗ ║
╠╣╠║║║║ ║
║║╚╚╚╚╝ O
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
" Antara kau dan aku
Blog ini sebagai pengantara”
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
uihhhhhh ni yang nak marah ni bantahan.... spare part baru bukannyerrr original pun smua made in Taiwan atau china atau korea....
kasihan orang berpendapatan rendahhhh... nak beli spare part baru..... uihhhh mmg yang buat benda ni tak fikir langsung rakyat susahhhh...
sorry lama tak ziarahhhh aku sibuk sikit lahhhh... happy birtday to youuu
afzainizam: barang ori macam lahanat harga dia huhuhu
gila..klu kat situ dapat ori..mmg la secondhand...tp harga dye murah,...xksah la secondhnd ke..janji ori..kata wat akta cetak rompak..tu spere part tiru, kat kdai blambak...diam je diorg..
Post a Comment