Followers

Friday, January 28, 2011

Salon Kegemaran Korang

Setiap orang mesti ada salon atau kedai gunting rambut kegemaran kan. Ada yang suka pergi salon mahal macam A Cut Above, SAW kat KLCC dan macam macam lagi. Dan setiap daripadanya berbeza harga.

Kebiasaan kalau korang pergi kedai berjenama, harga yang ditawarkan berbeza mengikut pengalaman tukang gunting. Dia ada junior, senior dan boss sendiri gunting. Lagi tinggi pangkat bermakna lagi banyak duit yang korang kena keluarkan. Tapi itu semua bergantunglah pada citarasa pelanggan mahukan siapa yang terbaik.

Setakat ni yang mahal bagi aku time aku buat rebording dulu. Tapi takdelah cecah ratus ratus sebab rambutpun tak panjang. Buatpun kat kedai biasa je. Itupun dalam RM50. Kalau gunting paling mahal pun adalah sekali. Harga tak silap RM30 kot. Tapi kiranya puas hati gak ler kedaipun ada standard. Yang guntingkan pun amoi cun lagi seksi wooo. Syokk je tengok hehehe. Tengok apa adalah hehehe.



Masa sekolah dulu aku biasa gunting kat kedai gunting rambut apek je. Takpun kedai gunting mamak. Seiring dengan peningkatan taraf hidup dan sosial, aku beralih arah ke salon rambut. Masa kat melaka dulu aku ada satu kedai favorite.

Kat Melaka ni, kalau korang nak tahu sebenarnya banyak salon rambut melayu. Tapi masalahnya boleh dikatakan semuanya milik perempuan jadian. Aku kalau bab bab jadian ni geli sikit. Maklumlah suara garau dikepit kepit buat manja. Badan keras dibuat lembut. Huh haru macam tu.





Kedai favorite aku ni dulu pun boleh dipanggil kedai lelaki ler walaupun brader ni lembut lembut gak. Tapi nasib baik banyak awek yang kerja dengan dia. Kira ok lah awek yang guntingkan. Satu aku respek brader ni walaupun dia korang tengok dia macam anak ikan, tapi solat tak tinggal woo.

Tinggalkan kedai melaka sebab aku dah tak duduk sana. Kat tempat aku ni aku try jugalah merata rata salon tapi takde satu yang betul betul berkenan. Salon melayu lagilah takde. Buat rebording jadi hampeh rambut aku. At last jumpalah satu. Kira oklah juga rebording dia. Guntingpun kira cantek ler. Cuma harga dia macam merepek sikit. Tadipun dia charge aku RM10. Macam ler kedai dia dekat Bukit Bintang je huhuhu.

Tapi nak wat camner. Ni jelah kedai yang aku rasa ok sikit. Aku ingat nak try cari kedai lain pulak. Kalau ley yang amoi cun punya hehehe

6 comments:

Anonymous said...

xpayah gunting rambot,ngorat aje la..huhuu

alan said...

miss neeya: nak norat sape? awak ke hehehe

miss lolly a.k.a luvfareda said...

rambut kite gunting sndiri je. hehehe :)

alan said...

loly: x reti nak gunting sendiri hehehe

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Salam Persahabatan kami datang ziarah blog anda
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
kalau salon unisex ni mmg layan beb aku suka amoi tu tang cuci rambut... pasal dia akan tunduk pastu aku jeling ujung mata ajerr lahhh... walhal rambut aku mmg pendek....siap berimaginasi .... jahatkan aku ni

alan said...

afzainizam: x jahat..biasalah lelaki..oklah ada nafsu pada pompuan..jangan pada jantan atau pompuan jadian dah ler hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...