Followers

Thursday, January 13, 2011

Iraq Syndrome Melanda Aku

A study published in the New England Journal of Medicine found that large numbers of soldiers returning from Iraq and Afghanastan suffer from symptoms of post-traumatic stress disorder (PTSD), major depression, generalized anxiety disorder, and other mental health disorders.
Aku juga mengalami masalah sebegini sejak balik dari Melaka pada tahun 2008. Rasa kesunyian dan keseorangan, terus membawa kepada kemurungan. Tertekan gila rasanya. Jiwa dan fikiran rasa kosong atau kata orang tua tua; "blurr".

Tahun 2011 ni aku masih ada lagi rasa sebegini. Duduk termenung sorang sorang baik kat rumah ataupun kat Mamak. Drive Elisya pukul 12 1 pagi sorang sorang. Sejak makan ubat dah kurang sedikit sindrom ni walaupun ada masanya dia datang balik.

Sebenarnya penyakit kemurungan ni boleh membawa maut kalau tak dirawat segera. Pesakit ni boleh membahayakan nyawanya sendiri ataupun orang disekeliling tanpa dia sedar. Kes kes jenayah yang banyak kat Malaysia sekarang adalah berpunca daripada penyakit begini.



Mengikut statistik WHO, kemurungan adalah penyakit keempat serius di dunia. Malah malaysia juga semakin meningkatnya penyakit ini. Menurut Ketua Jabatan Perubatan Psikologi, Pusat Pakar Universiti Malaya, Profesor Mohamad Hussain Habil, kemurungan disebabkan berlaku gangguan pada keseimbangan bahan kimia otak (serotonin dan norepinefrin) yang mengawal emosi.

Kesedihan kemurungan tidak sama dengan kesedihan biasa yang dialami kebanyakan orang. Kesedihan biasa akan hilang dalam masa dua atau tiga hari tetapi kesedihan kemurungan boleh berlarutan melebihi dua minggu, dan bagi kes serius ia menyebabkan individu murung berasa dirinya tidak berguna serta hilang keinginan untuk meneruskan hidup.

Dan baru baru ni aku ada masalah sikit. Memang tertekan rasanya. Sebab tu aku stop blogging sekejap. But im fine right now. Takde fikir nak buat benda benda bodoh. Masih boleh mengawal diri. Insyaallah seminggu dua lagi hilanglah kot benda ni.

5 comments:

Naisophon X said...

Kenapa tak kerja tempat geng geng kolej kau kerja ? Apply tempat sama, sekali dengan diorang.

enyheartsdiamond said...

kdg2 saya mengalami masalah yg sama :|

Nazatul shima said...

jgn murung2...senyum slalu ok!:)

alan said...

sophon: aku dah apply dulu tpi x dapat..lagipun aku kena jaga keluarga kat kg.

eny: same ler kita ^_^

shima: memang senyum :)

Afzainizam said...

,=====,o00o Ponn..Ponn.Ponn..
//__l_l_,\____\,__
l_---\_l__l---[]lllllll[]
_(o)_)__(o)_)--o-)_)___
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Selamat Tahun Baru Dengan Azam Baru
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Assalamualaikum
Aduiii dah tertinggal banyak entry kat sini.....maaf atas sebab tertentu amat sibuk sikit sesejak ni...

eeeemmmm jangan kang boleh jadi sakit mental karang...

kemurungan ni kena buang dari diri.... kena buat-buat happy aje buat-buat lupa aje masalah melanda

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...