Followers

Monday, January 31, 2011

Hancurnya Firaun Mesir

Di akhir zaman ini, berlakunya bermacam macam peristiwa. Kejatuhan pemerintahan Ben Ali di Tunisia membuka lembaran baru untuk rakyat bangkit menentang kezaliman pemerintah. Ben Ali dijatuhkan rakyat kerana kezalimannya terhadap rakyat sendiri.


Ben Ali

Pengangguran berlaku begitu dahsyat manakala harga barangan keperluan meningkat. Rakyat tidak mampu menyara kehidupan malah mereka juga dilarang berniaga. Sedangkan keluarga Ben Ali hidup bagaikan di syurga. Kemuncaknya apabila seorang pemuda penjual buah yang teraniaya telah membakar dirinya sendiri.


Mohamad Bouazizi telah membakar dirinya sebagai tanda protes. Dan akhirnya protes beliau mendapat sambutan seluruh rakyat Tunisia. Kebangkitan rakyat Tunisia akhirnya menjatuhkan pemerintahan Ben Ali.

Kini kebangkitan rakyat Tunisia telah memberi inspirasi kepada rakyat Mesir. Mesir walaupun sebuah negara yang terkenal dengan sektor perlancongan tetapi disebaliknya, majoriti rakyat Mesir hidup dibawah garis kemiskinan.

Hosni Mubarak telah berkuasa selama 30 tahun. Selama 30 tahun pemerintahannya, rakyat Mesir hidup menderita. Bukan setakat Mesir malah rakyat Palestin yang bersempadan dengannya juga turut mendapat kesan.


Hosni Mubarak

Kezaliman Hosni Mubarak terlihat semasa serangan Gaza oleh Israel pada tahun 2009. Didalam kegilaan Israel membunuh umat islam Palestin, Hosni telah mengarahkan pintu sempadan Rafah di selatan Gaza ditutup untuk mengelakkan rakyat palestin Gaza melarikan diri dari serangan Israel.

Akibatnya ribuan umat islam Palestin di Gaza telah dibunuh. Malah semasa misi keamanan yang lepas, kerajaan Mesir juga sengaja menyusahkan bantuan diberikan kepada rakyat Palestin. Sehinggalah kerajaan Turki memberi tekanan barulah kerajaan Mesir membuka pintu sempadan.

Hubungan intim Hosni dengan Israel diketahui umum. Demi hubungan luar tabiie itulah Hosni sanggup bersama sama Israel membunuh umat islam Palestin. Dan sekarang Allah s.w.t membuka hati rakyat Mesir untuk menjatuhkan Hosni Mubarak.



Insyaallah kerajaan zalim Hosni Mubarak akan jatuh. Jatuh bukannya disebabkan ancaman luar sebaliknya dijatuhkan oleh rakyat sendiri. Begitulah akhirnya bagi semua kerajaan zalim. Iran, Iraq dan Afganistan juga pernah mengalami perkara yang sama.

Dan tak mustahil ianya juga akan berlaku di Malaysia. Kezaliman pakatan rakyat terutama di P Pinang dan Selangor membuatkan rakyat semakin benci kepada mereka. Walaupun protes diluahkan melalui pilihanraya, tetapi itulah jawapannya. Rakyat bertegas menolak pakatan rakyat.

Tahniah BN menang di Dun Tenang

4 comments:

Afzainizam said...

… ....Gong Xi Fat Coi……..
┏〓〓┓┏〓〓┓┏〓〓┓
Wish you healthy always
┗〓〓┛┗〓〓┛┗〓〓┛
....lllllll........ lllllll .......lllllll....
Salam dari kami…
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

EEEEMMMMMM nampak macam suasana ketegangan teruk kat sana.... yang aku risau ilahhh keselamatan warga pelajar Malaysia disana

Alan said...

afzainizam: keadaan tak teruk sangat..mungkin cuma bebudak ni tak biasa dengan suasana perang.

Anonymous said...

Yup. Bukan kempen ganyang malaysia pun.

Orang mesir wat demons suruh presd Hosni letak jawatan. Bukan kempen speeping malaysia.

Alan said...

sophon: hehehe tapi ada puak sesat pulak buat demo kat malaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...