Followers

Friday, December 03, 2010

Holy Water - Sedap Ke?

Kali ni aku nak bercerita tentang isu holy water ataupun air suci. Benda ni dah lama aku dengar sejak dari sekolah rendah lagi. Masa tu orang pakai surat layang sebarkan perkara perkara begini. Antara cerita yang aku dengar, mereka yang minum air holy water lidahnya akan menjadi hitam. Tak boleh mengucap dan banyak lagi.


Gambau Google

Erkk betul ke benda tu?

Susah juga aku nak tahu kebenaran cerita cerita begini sebabnya aku sendiri tak pernah berjumpa sesaper yang suka minum holy water. Kalau yang suka minum RO water tu bersepah lah. Apatah lagi yang suka minum JD, Tiger dan bermacam jenis lagi air setan. Itu lagi senang nak jumpa.

Kalau ikut Wikipedia, holy water ini digunakan untuk membaptis bayi, untuk merahmati seseorang dan menghalau hantu. Holy water is simply water that has been blessed by a priest. Blessed macam mana, akupun tak tahu ler.

So macam mana orang kata kalau minum holy water lidah jadi hitam? Sorry bukan berlagak pandai tapi aku rasa cerita cerita ini sebenarnya karut lagi syirik. Memang ada orang islam yang murtad tapi mereka semua murtad kerana terpengaruh dengan dakyah dakyah pendakwah. Bukannya melalui holy water.

Kalau betul holy water senang senang boleh buat orang murtad, dah lama pihak kristian campurkan holy water dalam air minuman kita. Kan senang buat kerja macam tu daripada nak bagi ceramah, memujuk orang masuk agama mereka.

Betul atau tidak holy water boleh buat korang murtad? Allah dah bagi kita akal so gunakanlah untuk berfikir. Dan maksud akupun bukan suruh korang pergi minum air tu. Orang kristian pun tak buat minum air tu.

Cuma korang berfikir jelah. Jangan mudah percaya dengan cerita cerita karut yang disebarkan didalam internet ni. Tetapi harus diingat, sihir itu wujud. Cuma kita harus percaya bahawa sihir itu tidak memudaratkan diri kita melainkan dengan izin Allah s.w.t jua.

Cerita lain

Suasana di majlis pertemuan itu hening sejenak. Semua yang hadir diam membatu. Mereka seperti sedang memikirkan sesuatu. Lebih-lebih lagi Saidina Abu Bakar. Itulah pertama kali dia mendengar orang yang sangat dikasihi melafazkan pengakuan demikian.

Seulas senyuman yang sedia terukir dibibirnya pun terungkai. Wajahnya yang tenang berubah warna. "Apakah maksudmu berkata demikian wahai Rasulullah? Bukankah kami ini saudara-saudaramu?" Saidina Abu Bakar bertanya melepaskan gumpalan teka-teki yang mula menyerabut fikiran.

"Tidak, wahai Abu Bakar. Kamu semua adalah sahabat-sahabatku tetapi bukan saudara-saudaraku (ikhwan)," suara Rasulullah bernada rendah.

"Kami juga ikhwanmu, wahai Rasulullah," kata seorang sahabat yang lain pula. Rasulullah menggeleng-gelangkan kepalanya perlahan-lahan sambil tersenyum. Kemudian baginda bersuara:

"Saudaraku ialah mereka yang belum pernah melihatku tetapi mereka beriman denganku sebagai Rasul Allah dan mereka sangat mencintaiku. Malahan kecintaan mereka kepadaku melebihi cinta mereka kepada anak-anak dan orang tua mereka."


2 comments:

tasha's said...

nak hadiah lumayan tak?????

http://natasha1987.blogspot.com/2010/12/hrefhttpwww.html

Afzainizam said...

★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★

ngeri plak bila baca holy water ni....

kita minta doa moga Allah lindungi kita

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...