Followers

Tuesday, November 30, 2010

Jodoh & Ajal Ditangan Tuhan

Jodoh dan ajal ditangan tuhan. Aku sering mendengar ungkapan itu semenjak kecil lagi. Nak nak pula apabila menjelang kematian. "Allah s.w.t lebih sayangkan dia daripada kita semua". Itulah ungkapan yang sering aku dengar.

Di majlis perkahwinan kawan aku tempohhari, kengkawan tanya juga bila aku nak kawin. Erkk susah aku nak jawap. Kalau ikutkan umur, sememangnya sudah patutnya aku berkahwin. Kawan aku yang berkahwin itupun umurnya bawah dari aku. Aku cakap taknak kawin. Tetapi siapalah manusia yang tak nak kawin. Aku juga nak berkahwin. Mempunyai keluarga sendiri, melihat anak anak membesar dan menjadi penganti kepada legasi hidupku.

Tapi itulah..Hidup ini kita susah nak ramal. Kadang kadang nasib kita tidak sebaik dengan orang lain. Murah rezeki dan dipermudahkan segala urusan kehidupan. Walaubagaimanapun aku tetap bersyukur kerana nasib aku tidak seteruk orang lain. Allah s.w.t masih memberikan aku rahmatNya untuk terus hidup sihat walafiat.

Semasa pulang dari Johor, didalam kereta tiba tiba aku terfikir lagi soal jodoh dan ajal. Soal jodoh. Berat juga rupanya soal jodoh ini Walaupun kita lihat "alahai senangnya kawin ni, lafaz ijab terus sah menjadi suami isteri".

Tetapi realitinya tidaklah begitu. Kita lihat pengantin tersenyum riang dimajlis perkahwinan tetapi bebanan tanggungjawap selepas itu akan mereka pikul sehingga akhir hayat. Soal kawin bukanlah hanya melibatkan sebelah pihak sebaliknya melibatkan banyak pihak. Hendak pula apabila mempunyai anak anak. Sudah tentu hak anak perlu ditunaikan kerana itu adalah tangungjawap ibu bapa.

Begitu juga dengan ajal. Purata hidup umat Muhammad adalah sekitar 60-80 tahun sahaja. Malah Baginda juga wafaz diusia 63 tahun. Aku terfikir, sekiranya usiaku hanya sampai 60 tahun, itu bermakna aku hanya ada masa sebanyak 34 tahun sahaja lagi.

Itu sampai 60 tahun. Bagaimana sekiranya aku terlibat kemalangan, mati esok ataupun lusa. Siapa yang tahu. Malah Allahyarham Sudirman juga meninggal dunia di usia 37 tahun. Suatu usia yang cukup muda. Aku sekarang berumur 26 tahun. Dan beza 37 dan 26 adalah 11 tahun. Suatu jangka waktu yang cukup singkat!

Jodoh dan ajal ditangan tuhan. Maka benarlah ungkapan itu. Dan aku juga sudah boleh menerima sekiranya sudah ditakdirkan bahawa aku tidak akan bertemu jdoh dihayat ini. Segala galanya sudahpun tertulis di Loh Mahfuz. Dan sekiranya usiaku panjang, aku terpaksa menghabis sisa kehidupan ini berseorangan, aku juga redha.



Teringat pesan orang tua tua, "Sesungguhnya mati itu pasti dan hidup itu mungkin".



Hujan yang turun bagaikan mutiara
Berkilau bersinar berkerdipan
Subur menghijau bumi terbentang
Dan bayu berpuput lembut...

Cinta yang bersemi
Diwaktu hujan turun
Menyirami ketandusan hati
Dan hujan turut mengiringi
Engkau pergi...

Selembut hujan bercurahan
Begitulah cinta ini
Semesra bumi yang disirami
Begitulah hati ini...

Hujan yang turun bersama air mata
Bersama pedih, bersama rindu
Kau datang dan kau pergi jua
Rindu lagi...

Lagu ini mengingatkan aku kepada seseorang. Semoga dia menemui kebahagian didalam kehidupan ini.....

5 comments:

enyheartsdiamond said...

pasti akan ada seorang gadis yg telah diciptakan utk kamu.. tak perlu risau.. gadis kan lebih ramai :)

alan said...

eny: gadis banyak tp yang sesuai susah nak cari kan.

Afzainizam said...

♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Kami DAtang Ziarah Blog Anda
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫♪♫•*¨*•.¸¸¸¸.•*¨*•♫

Salam kunjungan salam ziarah….

Allah SWT menjadikan ini semua sebagai asbab untuk kita dipertemukan dengan jodoh kita. Sesuatu yang perlu difikirkan.

Istilah ‘tiada jodoh’perlu difahami:

Mungkin ada Hikmah pengajaran Kerana manusia tidak sepanjang masa melakukan keputusan dengan tepat dan betul. Maka kesilapan yang dilakukan sudah pasti akan menunjukkan hikmah terhadap apa yang telah dilakukan agar dapat menjadi panduan pada masa yang lain.

Asbab bertemu jodoh Perpisahan dalam perhubungan berkemungkinan Allah akan menggantikan dengan insan yang lebih baik, walaupun pasangan yang sudah bersama kita, dapat kita rasakan adalah yang terbaik. Namun perpisahan juga mampu menjadi asbab untuk bertemu insan yang lebih baik dalam mencintai diri kita.

Ketentuan Takdir Inilah yang menjadi kenyataan penting yang perlu dihadapi dengan hati yang lapang. Pertemuan dan perpisahan adalah lumrah kehidupan yang perlu diterima. Mungkin ada yang pernah bercinta bagai nak rak, bertunang dan kemudian berkahwin untuk satu tempoh tertentu namun andai takdir Allah untuk berlaku perpisahan untuk pertemuan yang seterusnya maka hanya hati yang perlu menerima dengan redha.

" Andainya tiada jodoh untuk ke singgah sana ku pasrahkan segalanya kerna takdir yang akan menentukan impian kasih...hehe "

iEn said...

Mmg betul.. Kita mampu rancang ja.. Tapi DIA yg maha Berkuasa menentukan takdir kita.. Jgn sedih2.. Allah sentiasa bersama2 org yg selalu mengingatiNya :D

alan said...

afzainizam: fuhh mendalamnya maksud..berbunga bunga ayat hehehe

ien: tak sedih sekadar mengingatkan diri saja.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...