Followers

Tuesday, November 23, 2010

Duit Kawin Habis - Kesian


gambar google

MELAKA 22 Nov. - Kira-kira lima bulan lagi, Hairul Nizam Anuar merancang untuk melangsungkan perkahwinan dengan pilihan hatinya.

Bagi menghadapi hari bahagia itu, pemuda tersebut sudah menyiapkan beberapa barangan persiapan untuk majlis perkahwinan termasuk menyimpan wang tunai berjumlah RM2,000.

Namun, Tuhan lebih menentukan segalanya. Kesemua barangan itu termasuk wang tunai milik Hairul Nizam, 26, musnah dalam kebakaran membabitkan dua buah rumah papan di Lorong Haji Baba, Kilometer 6 Pasir Puteh di Bachang di sini hari ini.

Mujurlah tiada kemalangan jiwa dilaporkan kerana penghuni sebuah rumah itu sempat menyelamatkan diri manakala sebuah lagi keluarga lagi tiada di rumah.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 1.45 petang, ketika Hairul Nizam yang sepatutnya melangsungkan perkahwinannya pada Mac tahun depan sedang bekerja di sebuah kilang cat tidak jauh dari rumahnya.

"Sebaik sahaja sampai di rumah, saya lihat api sudah marak dan tanpa berfikir panjang, saya terus memecahkan cermin hadapan kereta saya yang diletakkan di bangsal rumah untuk dialihkan ke tempat selamat.

"Bagaimanapun, segala barang persiapan perkahwinan saya yang dijadual berlangsung pada 6 Mac depan seperti pakaian dan rantai emas termasuk wang RM2,000 hangus," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Utusan Malaysia

Aku kata bodoh karang nampak kejam sangat tapi serius aku memang kesian. Kesian sebab mamat ni ditimpa bencana tetapi bodoh sebab simpan duit kawin kat rumah.

Bertambah bodoh sebab dia nak kawin bulan mac tahun depan. Lambat lagi. Tetapi yang dia simpan duit kat rumah buat apa. Penat penat je bank buat securiti power power tapi taknak guna.

Inilah pemikiran orang melayu. Dunia dah akhir zaman tapi pemikiran taknak berubah. Masih suka dok simpan duit bawah bantal. Agaknya syok kot dapat mimpi tidur atas duit.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...