Followers

Sunday, November 21, 2010

Blogging Tiada Nafsu



Tadi aku singgah petrol pam kejap nak topup minyak. Ramai gila orang sebab yang dari sebuah negeri di pantai timur sibok dok balik KL. Itu takpe lagi. Tapi yang buat aku hangin bila orang pergi pam minyak dia buat macam dok taman bunga.

Boleh dok lama lama dalam kereta. Entah cari apa akupun tak tahu. Aku dok bakar belakang kereta dia barulah terkial kial keluar. Itupun berlenggang kangkung pergi kaunter. Rasa nak langgar je.

Dah ler buat sesak jalan kat tempat aku, isi minyak macam berdating kat taman. Dok parking lama lama. Dah tahu stesen minyak tu kecik cepat cepat ler blah. Ni dok parking ntah tunggu sape sape. Nak tunggu orang pun pergilah tempat lain. Jangan sampai menyusahkan orang lain.

Inilah sikap orang Malaysia. Selama aku duduk kat Brisbane Australia dulu takde pula aku tengok omputih buat macam tu. Mereka tahu menghormati orang lain, tahu mereka berada di tempat awam. So mereka seboleh bolehnya tidak mahu menyusahkan pengguna lain.

Itulah bezanya orang Malaysia dengan orang lain. Harap saja negara mencapai status negara maju tetapi mentaliti masih ditahap orang negara ketiga. Silap silap lagi teruk dari orang negara Haiti.

2 comments:

Anna Boleyn said...

tau takpe. hangin je kand engan org2 macam ni.

Anonymous said...

Aku pun sama alan. sekarang cuti sekolah. Aku pun cuti sama lah.

maaf ya kalu tak komen kat entri kau.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...