Followers

Tuesday, November 09, 2010

Bayi Dibasuh

BARTLESVILLE, (Oklahoma): Seorang bayi perempuan berusia 10 hari mati selepas dimasukkan dalam mesin basuh yang berputar.

Ibu bayi terbabit, Lyndsey Fiddler memasukkan bayinya bersama baju kotor ke dalam mesin basuh sebelum memulakan operasi membasuh. Bayi itu berada di dalam mesin basuh yang dipenuhi baju kotor selama 40 minit sebelum ditemui. Seorang anggota keluarga yang datang mengunjungi Lyndsey menemui wanita itu tidak sedarkan diri dan bayinya pula, Maggie May hilang.

Dia mendengar bunyi aneh daripada mesin basuh itu dan apabila membukanya, dia menemui tubuh Maggie yang sudah penyek bercampur dengan baju yang dibasuh. Kematian mengerikan di Bartlesville, Oklahoma itu menyebabkan petugas kecemasan dan anggota polis yang bergegas ke tempat kejadian menangis.

Harian Metro

Punyalah ganas dia ni. Basuh anak guna mesin. Tapi dia ni sebenarnya dibawah pengaruh crytal meth. Sebab itulah lakok semacam. Tengok mukapun tahu jenis muka penagih dadah. Dan sekarang dia ditahan dibawah kes membunuh.



Crytal Meth ataupun Methamphetamine sebenarnya dibuat oleh saintis jepun pada tahun 1893. Mula digunakan sejak perang dunia kedua. Digunakan untuk menaikkan semangat juang tentera dan menghilangkan rasa takut.

Selepas perang, ianya semakin digunapakai oleh golongan Hippis sehinggalah kini. Kesan pengambilan Crystal Meth sama seperti dadah lain iaitu perubahan sikap, fizikal serta mental.

2 comments:

asrul_amanda said...

mana gambar 'Daging cincang' + baju tu?

alan said...

gambau tu xder ler

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...