Ulek Mayang asalnya adalah cara perubatan orang melayu dahulu kala. Ianya menyeru 7 orang puteri untuk membantu mengubati pesakit. Biasanya perubatan cara ini digunakan nelayan yang tinggal dipesisir pantai. Sekarang sudah tiada lagi orang menggunakan cara ini yang jelas khurafat dan menyimpang dari ajaran islam.
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Ulek mayang diulek
Ulek dengan jala jemala
Ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya dua
Puteri dua berbaju serong
Puteri dua bersanggul sendeng
Puteri dua bersubang gading
Puteri dua berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya empat
Puteri empat berbaju serong
Puteri empat bersanggul sendeng
Puteri empat bersubang gading
Puteri empat berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya enam
Puteri enam berbaju serong
Puteri enam bersanggul sendeng
Puteri enam bersubang gading
Puteri enam berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan puterinya tujuh
Puteri tujuh berbaju serong
Puteri tujuh bersanggul sendeng
Puteri tujuh bersubang gading
Puteri tujuh berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Tuan puteri berbaju serong
Tuan puteri bersanggul sendeng
Tuan puteri bersubang gading
Tuan puteri berselendang kuning
Umbok mayang diumbok
Umbok dengan jala jemala
Nok ulek mayang diulek
Ulek dengan tuannya puteri
Kutahu asal usulmu
Yang laut balik ke laut
Yang darat balik ke darat
Nasi berwarna hamba sembahkan
Umbok mayang kuumbok
Umbok dengan jala jemala
Pulih mayang kupulih
Pulih balik sedia kala
3 comments:
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
buat pembaca blog kami
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/
★°°•.★°°•.★°°•.★°°•.★
Kami Kembali lagi... woooo lagu ni selalunya Ella nyanyi lagu ni....
but lagu ni pun kalau ikut sejarahnya digunakan untuk perubatan... kira orang sakit lah nyanyi aje dah baik... isshhh betul ke...
Ulik Mayang yang menampilkan persembahan tujuh puteri yang mengubati orang yang kena sampuk. Ada dua versi iaitu versi sekumpulan lelaki bermain sepak raga dan versi sekumpulan nelayan sebelum seorang daripada mereka terkena sampuk.
Mengikut catatan sejarah, tujuh puteri itu berasal dari Bukit Puteri yang sentiasa menjadi tumpuan orang kampung untuk meminta bantuan mengubati orang sakit melalui jampi, seru dan mentera.
Ulek Mayang yang ada pada hari ini sudah mengalami perubahan termasuk unsur khurafat
wei.. bagi kredit pada Terengganu dulu wei.. hehehe
afzainizam: yup sekarang dah takde orang baut benda begini lagi
sophon: yelor hehee
Post a Comment