Followers

Friday, October 15, 2010

Pengajaran Buat Si Poyo

BESUT 14 Okt. - Setelah reda dengan gejala sering ghaib sejak lebih dua bulan lalu, keluarga Siti Balqis Mohd. Nor, 22, kini berhadapan pula dengan kehadiran batu-batu permata yang luruh sekali gus menambah elemen misteri dalam kehidupan gadis tersebut

Bermula tengah hari semalam sehingga pukul 12 tengah malam tadi, 10 biji permata pelbagai warna jatuh di mana sahaja tempat ibu Siti Balqis, Norizan Said berada, bermula di sebuah bilik dalam rumah tersebut.

Dalam pada itu, Norizan memberitahu, dia sekeluarga juga terkejut pada kira-kira pukul 12 tengah malam tadi hingga pukul 3 pagi, apabila ada kuasa seakan-akan angin cuba menarik Siti Balqis keluar dari rumah.

"Siti Balqis bagaimanapun berjaya bertahan daripada ghaib begitu sahaja," katanya.

Sumber: Utusan malaysia

Berita mengenai Siti Balqis telah mendapat perhatian daripada pihak akhbar sejak beberapa minggu lalu. Siti Balqis dikatakan sering hilang dari rumah walaupun dihadapan keluarga sendiri. Dan selalunya dia ditemui diatas pokok, belakang rumah dan lain lain tempat.

Sejak berita mengenainya disebarkan, ramai pengamal tradisional yang cuba membantunya. Sehinggalah ada antara mereka yang berjaya sesuatu yang kemudiannya dihanyutkan ke laut. Selepas benda itu ditangkap, barulah kejadian batu aneh ini muncul.

Semua ini jelas menunjukkan kebesaran Allah s.w.t. Selain itu, ia juga menunjukkan bahawa selain manusia, ada juga mahkluk lain yang turut sama menghuni dunia ini. Aku amat benci pada orang yang katakan semua hantu tu tahyol, benda karut. Eloknya orang sebegini patut diberi pengajaran supaya insaf. Agaknya kalau dah kena santau barulah nak percaya.

“Bukankah Aku telah perintahkan kamu wahai anak-anak Adam,

supaya kamu jangan menyembah syaitan?

Sesungguhnya ia musuh yang nyata terhadap kamu!”

[Yasin 36:60]

4 comments:

Anna Boleyn said...

salam..

sedikit seram baca entry ni. emm tapi kena lah percaya. memang menda itu ada. apa-apapun yang batu permata luruh tu datang dari kekuasaan Allah. :)

p/s ;ini misi membalas 172 komen! batch kedua selepas membalas komen dari 98 blogger. wawawa...
tak pe lah demi kalian semua yang selalu tinggalkan komen di HLN. tanda penghargaan :) Thank you so much! :)

alan said...

anna: banyaknya komen kena balas hehehe

Anonymous said...

Ok, secara jujur kau percaya ke benda ni?

alan said...

asrul: yup selagi aku orang melayu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...