Followers

Thursday, October 14, 2010

Merbok Ajaib

Pada zaman dahulu, ada seorang raja memerintah di kayangan. Namanya Raja Kamarulzaman. dia mempunyai kesaktian dan dikasihi oleh rakyat jelata.

Baginda sangat gemar membela burung. Berbagai bagai jenis burung terdapat dalam istana. Oleh kerana terlalu sayangkan burung, baginda melarang rakyatnya membunuh atau memakan daging burung. Dengan itu, semakin banyak burung terdapat ditempat itu.

Raja Kamarulzaman mempunyai seorang puteri. Namanya puteri Syahrul Bariah. Rupanya sangat cantik. Dia bersopan santun dan mempunyai budi bahasa yang tinggi. Pada suatu hari, puteri bariah sangat teringin memakan daging burung. Kebetulan pula pada ketika itu, baginda raja tiada di istana. Diapun menyembelih burung dan memasaknya sendiri.


Setelah beberapa lama ditempat lain, baginda rajapun pulanmg ke istana. Baginda terus memanggil burung burung untuk diberi makan. Sambil itu, baginda menghitung burung itu satu persatu. Baginda menyedari salah sekor burungnya telah hilang. Semua pegawal mencari burung yang hilang namun gagal. Mereka dimurkai oleh raja. Oleh kerana kasihankan pengawal yang tidak bersalah, akhirnya puteri mengakui telah memakan burung itu.

Baginda amat murka dan enggan ampunkan anaknya. Baginda menyumpah anaknya menjadi seekor burung merbok.

Turunlah burung merbok berkenaan ke bumi. Dia berterbangan dari satu tempat ke tempat lain. akhirnya dia singgah di kampung lukut. Di hujung kampung, tinggal seorang pemuda bernama Setia. Dia tinggal bersama ibunya yang sudah tua. Setia mempunyai hobi memikat burung.

Pada suatu hari, seekor merbok masuk kedalam perangkapnya. Rupanya cantik dan suaranya sangat merdu. Dia percaya burung itu akan membawa tuah. Tidak lama kemudian, ibu Setia meninggal dunia. dia sedih tetapi mujurlah ada burung merbok itu sebagai penghibur.

Pada waktu pagi, Setia akan pergi ke sawah. Setelah pulang kerumah, dia mendapati makanan telah siap tersedia. Dia hairan. Siapakah yang menyiapkan hidangan itu. Hal ini berlaku berulangkali.



Akhirnya dia mengambil keputusan untuk mengintai dari celah dinding. Dia mendapati seorang gadis jelita sedang menyiapkan makanan dirumah.

"siapakah kau sebenarnya sicantik manis?" soal Setia. Gadis itu terperanjat. Akhirnya dia menceritakan kisah dirinya satu persatu.

"kalau begitu, baiklah kita berkahwin;" kata Setia. Akhirnya berkahwinlah Setia dengan gadis berkenaan. Mereka hidup aman bahagia.

4 comments:

Anonymous said...

Sweet ending..

Cerita melayu klasik semua sweet ending kan>

alan said...

cerita melayu klasik biasanya ada pengajaran atau kata orang tua tua "moral value". sebab tu happy ending..endingpun simple simple je..tapi juga ending sedih macam hikayat hang tuah.

Anna Boleyn said...

cerita ni best. tap ending dia..terus ajak kawen? kalau smbung sikit kisah setia dengan brg merbok bercinta mesti best. :)

Alan said...

dah cerita budak budak. mana buat ending panjang panjang. kalau nak wat ending panjang kena buat filem ler hahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...