Followers

Thursday, October 14, 2010

Ibu Mertua Derhaka

Safia (bukan nama sebenar) berusia lewat 20-an, berkahwin dengan Amir (bukan nama sebenar) lebih kurang empat tahun lalu setelah bercinta semasa di kampus.

Di peringkat awal perkahwinan Safia dan Amir tidak menghadapi masalah dengan ibu mertuanya kecuali Safia diminta untuk tinggal bersamanya selepas mendirikan rumah tangga.

Merasakan arahan itu satu perkara biasa daripada seorang ibu yang mempunyai anak tunggal, Safia menyangka dia akan hidup bahagia bersama Amir dengan menumpang kasih ibu mertuanya.

Pasangan ini telah dikurniakan seorang anak lelaki berusia dua tahun. Cucunya ditatang bagaikan minyak yang penuh malangnya menantu diseksa jiwa dan raga.

Tanpa mengetahui dia bukan menantu pilihan mentuanya, Safia melalui saat-saat pahit hidup bersama mertua yang cemburukan anak lelakinya diberi perhatian oleh isteri.

"Saya tidak pernah diberi peluang mengurus hal ehwal suami sejak kami bernikah. Makan minum, pakaian dan apa sahaja di dalam rumah ibu mertua yang uruskan.

"Malah jika saya lipat kain, gosok baju atau memasak semuanya tidak kena. Dia akan gosok semula jika tidak berpuas hati, begitu juga makanan, semua dia yang mahu masak. Hak saya sebagai isteri dinafikan," luah Safia.

Anak sulung mereka juga dilarang bersama Safia. Boleh dikatakan setiap masa bersama ibu mertuanya.

"Saya langsung tidak ada peluang bermesra dengan anak sulung saya. Dua puluh empat jam dikawal neneknya. Siang saya bekerja, malam dia tidur dengan neneknya. Bila masa saya hendak mencurahkan kasih sayang kepadanya," tambah Safia.

Kemuncak kepada kebencian mentua itu berlaku apabila Safia selamat melahirkan bayi keduanya. Safia mula perasan suami tidak mengambil berat akan kebajikannya sepanjang mengandung anak kedua.

Pergi balik hospital untuk pemeriksaan seorang diri. Semasa sakit hendak bersalin juga Safia pergi sendiri ke hospital sehinggalah bayi kedua mereka selamat menjenguk dunia.

"Selepas kelahiran anak kedua kami, saya menunggu suami datang tetapi sampai hari keempat dia tidak muncul. Akhirnya saya menelefon kakak minta jemput saya sebab saya perlu keluar dari hospital.

"Saya minta tolong hantar saya ke rumah mentua. Sepanjang jalan saya berdoa agar mentua menerima saya dengan baik. Malangnya sebaik muncul di muka pintu, dia menghalau saya.

"Kalau kamu aku tak suka, keturunan kamu pun aku tak suka..kamu boleh pergi dari sini. Aku tidak mahu tengok muka kami lagi," begitu kata-katanya.

Hati mana yang tidak luluh mengenangkan sikap ibu mertua sedemikian rupa.

"Saya merayu minta diberi masuk sekurang-kurangnya untuk mengambil barang-barang dan anak sulung saya yang ada di dalam rumah . Puas menangis dan merayu akhirnya saya diberi kebenaran masuk untuk mengambil barang-barang," katanya.

Masalah tidak selesai di situ, perebutan anak pula menjadi isu. Mentua berkeras tidak membenarkan Safia membawa anak sulungnya.

"Syukur, setelah berbalas-balas kata akhirnya dia menyerahkan anak sulung kepada saya untuk dibawa bersama.

"Apa yang saya amat sedih, saat itu, suami ada bersama tetapi dia hanya memandang seperti orang bodoh, tidak ada sepatah kata terbit daripada bibirnya. Saya hairan sungguh dengan kelakuannya. Dia berkahwin dengan mak dia atau saya?,'' soal Safia.

Menurut Safia, itulah kali akhir dia bertemu ibu mentua dan suaminya. Dia tidak tahu apa jenis mentua wanita itu dan apa jenis suami lelaki yang telah menghancurkan hidupnya kini.

Mujur kakaknya ada bersama, Safia kembali ke rumah ibu bapanya sepanjang berpantang. Sehingga kini suami tidak langsung bertanya khabar. Jauh sekali menjenguk anak-anaknya.

"Suami menjadi takut dengan ibunya. Apa kata ibunya diturut tanpa membantah. Macam orang bodoh. Sampaikan hendak memberitahu ibunya yang saya mengandung pun dia takut.

"Apa guna belajar pandai, pegang jawatan tinggi tetapi kalau hidup dikongkong ibu. Mana sifat kejantanannya. Mana tanggungjawabnya sebagai suami dan ibu. Selama ini saya memendam rasa dengan harapan dia akan berubah. Tapi yang lain pula berlaku," tambah Safia.

Utusan Malaysia

Ini antara ribuan masalah ibu mertua derhaka lagi celak* yang berlaku didalam masyarakat. Akupun tak paham kenapa ada orang tua yang mengada ngada macam ni. Kalau aku ada mak mertua macam ni, jangan harap ler aku akan ikut cakap dia. Dia tak puas hati anytime aku boleh tinggalkan anak dia.

Lagi satu kalau ada anak lelaki yang bodoh tahap gaban. Dah tua tua pun duduk bawah ketiak mak. Ko dah kawen, blah ler dari rumah. Cuba korang tengok kucing, bila dah besar elok je diaorang blah cari kehidupan sendiri. Takde lagi dok berkepit dengan mak bapak.

Ini dah kawin tapi ikut je cakap mak walaupun mak ko suruh buat benda bodo lagi mengarut. Nak jadi anak mithalipun agak agak ler. Guna ler akal ko. Pikir perkara baik dan buruk. Tak semuanya benda yang mak ko suruh buat tu perkara baik.So benda buruk tak payah ler ikut. Memang takde buah telor ler kalau ade jantan macam ni. Elok jadi pondan je. Fucking shit ler jantan macam ni.

2 comments:

Anna Boleyn said...

baru je as tengok cite ni. sadis. mmg lah anak patut taat dengan mak, tp jgn lah smpai membawa kemudaratan pada isteri. huhu

Alan said...

tau xpe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...