Followers

Saturday, September 25, 2010

Orang Melayu Jangan Lupa

Aku sebenarnya jarang sangat nak bercakap pasal politik kat sini sebab blog ni hanya untuk perkara perkara santai. Tapi ada masanya terpaksalah juga sebagai peringatan kepada sesama rakan blogger sini terutama buat yang masih muda remaja tu.

Terbaharu Dr. Mahathir melontarkan pandangan mengenai Melayu bakal hilang kuasa jika pembangkang memerintah negara ini.

Kenyataan Dr. Mahathir mengenai Melayu hilang kuasa itu diselar oleh beberapa pemimpin Melayu dalam PKR dan Pas. Mereka mendakwa mantan Perdana Menteri itu terus menerus meniupkan api perkauman.

Sebenarnya sebagai orang yang dianggap ultra Melayu, nasihat Dr. Mahathir tidak sepatutnya dikaitkan dengan unsur perkauman kerana kenyataan itu ditujukan kepada orang Melayu berdasarkan situasi sebenar apabila kuasa politik dipegang oleh DAP seperti di Pulau Pinang dan Perak.

Malahan kebimbangan beliau itu pun bukan lagi setakat pada perasaannya sahaja tetapi ia benar-benar telah berlaku di negeri-negeri di bawah pemerintahan pembangkang.

Contoh yang diberikan oleh Dr. Mahathir sudah terjadi di depan mata kita. Beberapa pemimpin Melayu dijadikan boneka untuk menampakkan seolah-olah bangsa kita yang berkuasa. Hakikatnya, situasi itu cukup menyedihkan dan menyakitkan hati.

Jika ditakdirkan pakatan pembangkang menguasai Kerajaan Pusat, mungkin jawatan Perdana Menteri diberi kepada kalangan pemimpin Pas atau PKR. Pun begitu, mereka hanya sebagai boneka sahaja kerana kuasa sebenar adalah di tangan DAP. Malah kita tidak terkejut jika jawatan Timbalan Perdana Menteri pula akan dipegang oleh DAP.

Situasi bertambah sukar jika perpaduan Melayu masih gagal disatukan. Dr. Mahathir sudah banyak menyuarakan tentang pentingnya perpaduan antara orang Melayu. Tetapi sesetengah pihak Melayu sendiri memandang remeh hinggakan kaum lain hilang rasa hormat kepada orang Melayu dan agama Islam.

Usaha menyatukan Melayu masih disuarakan oleh orang Melayu yang sedar hakikat perpaduan. Tetapi, sayangnya ia masih lagi di tahap bertatih, sedangkan masa semakin hampir ke Pilihan Raya Umum Ke-13.

Kepada pemimpin parti dan ahli politik Melayu, ingat-ingatlah nasib dan masa depan anak bangsa yang tidak memihak pada mana-mana parti politik dan belum layak untuk menjadi pengundi.

Jangan korbankan masa depan mereka kerana tamakkan kuasa. Jika bangsa bukan Melayu mementingkan survival bangsa mereka di negara ini tanpa mengira parti politik, kenapa tidak orang Melayu? Bersatulah!

4 comments:

Sophon said...

Aku tak kisah sangat kalau PM cina. Kalau mereka betul betul bagus apa salahnya.

Masa awal merdeka pun kemungkinan PM pertama kita adalah cina dan India. ada 6 calon PM, 2 adalah cina, satu adalah keling.

1. Tun Sambanthan
2. HS Lee
3. Tunku Abd Rahman
4. Tun Tan Siew Sin
5. Lupa (aku rasa Onn Jaafar)
6. Lupa

Alan said...

mana ada PM cina..sejak awal kemerdekaan pun hanya orang melayu yang boleh jadi PM..sebab tu kalau negeri ada sultan, hanya orang melayu boleh jadi MB..kecuali mlk dan P.pinang saja MB boleh org cina atau india.

Dan aku hanya sokong melayu sahaja jadi PM..aku tak sesekali redha diperintah bangsa lain.

Sophon said...

Yang aku listdown tu senarai kemungkinan PM pertama. Sebab masa tu UMNO rival dengan MCA. MCA mungkin menang, sebab MCA banyak duit.

Kalau karpal Singh jadi PM aku tak kisah, tapi aku tak mau Lim Kit Siang. Sebab Lim Kit Siang perangai macam Brader Anwar. Licik. Tapi Lim Guan Eng aku suka.

Cuba baca wikipedia BM, cari PULO. PULO ni pasukan gerakan Pattani merdeka, yang berhasrat bawak pattani masuk Malaysia. Masa Najib gi Selatan Thai dulu kan, ada banner suruh Malaysia ambik Pattani. Tapi Najib wat bodo. Pattani ada minyak weh.

Dulu ada anak Raja Pattani, nama Tengku Mahmood Muhaidin ketua Force 136. Dia cuba bodek British suruh gabungkan sekali Pattani bawah malaysia. Tapi British takmau konflik dengan Siam. Tengku Mahmood ni marah, lepas tu dia buang gelaran 'Tengku'..

alan said...

isu pattani benda dah lepas.kalau malaysia ambil pattani, malaysia akan bergaduh dengan thailand..lagipun pattani adalah masalah dalaman negara thailand.

siapa yang suka kalau ada mana mana negara tiba tiba nak ambil wilayah dia...so belajarlah hormat orang lain.

lim guan eng sama je penipu..baru ni dia bagi duit judi pada warga emas melayu..dia sekarang dah mengaku.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...