Followers

Thursday, July 01, 2010

Sayonara

Detik 12 malam tadi merupakan waktu tamatnya tugas aku sebagai securiti di sebuah klinik kerajaan. Bukan bermakna aku dipecat sebaliknya kontrak syarikat securiti aku dengan pihak kementerian kesihatan sudah tamat. Dan sebenarnya ada sedikit masalah berkaitan penamatan kontrak ini tapi aku malas nak cakap kat sini. Sebab ianya hanya melibatkan syarikat dan kementerian sahaja. So biarlah mereka yang settle sendiri.


Dan semasa sembang sembang dengan rakan setugas malam tadi, terjadi suatu perkara yang agak aneh lagi ganjil. Ada seorang staff di pejabat kesihatan telah diganggu oleh entiti yang tidak kelihatan.

Staff berkenaan sedang membuat kerja didalam pejabat. Jam baru dalam pukul 9.40 malam. Tiba tiba dia keluar dari ofis. Lepas tu dia cakap dengan kitaorang yang dia baru kena usik. Dia cakap pada mulanya tiba tiba dia terhidu bau wangi. And then dia cakap ada dengar kerusi dibelakang dia berbunyi seolah olah diduduki orang.


Dia pun tak tunggu lagi. Terus kemas barang lepas tu terus keluar. Kitaorang yang dengar cerita inipun terus masuk dalam ofis. Saja je nak tengok kalau kalau boleh nampak benda tu. Tapi itulah, benda tu takkan keluar kalau kita datang ramai ramai.

Sebenarnya memang kitaorang tahu ada benda di kawasan situ. Akupun pernah kena ganggu tapi tak teruk. Dia cuma mengetuk tingkap semasa aku tidur. Aku pula kalau dah tidur memang malas nak bangun. Aku fikir cicak so aku buat tak tahu je.

Rupa rupanya kawan akupun pernah kena benda yang sama. So dari situ kitaorang tahu ada benda disitu. Tapi itulah aku cuma kena sekali je. Aku rasa benda tu pun malas nak kacau aku sebab aku buat bodoh je.

Selain itu, ada van lama yang diletak dikawasan berkenaan selalu menyala lampu diwaktu malam. Akupun pernah lihat masa mula mula masuk kerja. Macam biasa aku memang malas nak check. So lampu itupun padam sendiri. Lepas tu van itupun tak menyala dah hahaha. Kesian gak aku dengan benda tu. Dia usik aku, aku buat bodoh je.


Kereta yang bakal mengusung Anuar apabila tiba masanya nanti

Van itu asalnya sebuah ambulans lama. Bila ambulans dah tentu ramai yang pernah hilang nyawa didalamnya. Dan biasalah benda benda halus memang suka perkara begini. Sebab tu aku tak pelik sangat dengan lampu van tu. Lain kalau dia start sendiri, memang aku goyang gak.

Anyway aku dah tak kerja malam lagi sekarang. Adalah sedikit masa nak rehat. Ini tidak, siang malam aku kerja. Sekarang aku kerja siang je. tapi tak tahulah sampai bila sebab akupun dah boring kerja jaga komputer ni.

4 comments:

miss lolly a.k.a luvfareda said...

ngah mencari kerja lain la ye skng ?

alan said...

x tau lagi

touya said...

ko pakai macam tu jadi sekuriti ? nie jadi sekuriti ke ninja assaassin ?

alan said...

aku boleh buat 2 keje ahaks

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...