Followers

Friday, July 30, 2010

MLM - Melayu Tipu Melayu

Semalam diakhbar Harian Metro keluarnya cerita tentang penangkapan dalang dalang bisnes MLM. Sebenarnya sudah lama bisnes begini berjalan didalam masyarakat. Tak silap aku ianya bermula ditahun 80 an. Pada masa tu ia dipanggil Skim Pak Man Telo atau nama sebenar pengasasnya Osman Hamzah. Memang kecoh juga negara masa tu. Sampailah beliau meninggal dunia pada tahun 1997 pada usia 70 tahun, ramai lagi yang berdendam padanya. (sumber klik sini)

Dan sejak tahun 2000, skim piramid ini muncul kembali. Tetapi dengan wajah baru. Mereka bergerak dengan mengadakan ceramah dan mengatakan syarikat mereka hanya menjual produk kesihatan dan barangan lain. Tetapi dengan syarat mencari "downline" kalau nak untung lebih.



Akupun diperkenalkan oleh kawan pada tahun 2003 tak silap. Company ni yang aku tak boleh sebut nama ganjarkan percutian, pulangan wang yang lumayan dan bermacam janji asalkan melabur sebanyak rm2000.

Dan cara mereka sama iaitu bercerita tentang company, tentang barangan yang kononnya mereka jual. Dan untuk yakinkan mangsa, mereka akan tunjukkan slip akaun bank mereka yang kononnya wang akan masuk dan bertambah setiap bulan. Aku tak join langsung sebab nampak sangat benda ni penipu.

Aku tak tahulah kenapa masyarakat kita terutamanya orang melayu ni bodoh gila tahap cipan. Kononnya labur sikit maka dapat banyak. Nak kaya kena cari downline banyak banyak. Hahahaha bengong nate ni.



Kalau bisnes, dia tak akan suruh kita cari downline. Hanya suruh jual produk dan tak ada komisyen yang mengarut ngarut. Kalau dia cakap suruh cari downline, tu maknanya dah skim piramid. Boleh nampak orang bawah bagi duit pada orang atas. Orang bawah cari lagi orang bawah dia dan dapat duit dari orang bawah dia tu. Dan proses ini berterusan.

Itulah asas piramid. Tak kan benda macam tu pun tak boleh fikir. Aku harap kerajaan banteras habis habisan benda ni. Dan haramkan semua perniagaan sebegini. Mana ada bisnes kena cari downline. Syirik lagi kufur semua ni.

Duit takkan datang dengan mudah. Kat mati nanti, bukan setakat upline saja kena soal dan seksa kubur, tetapi downline pun akan kena sekali sebab bersubahat. Ingat ingatlah bro.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...