Followers

Tuesday, July 27, 2010

Matinya Anak Adam, Hanya Amalan Yang Dibawa

Baru sebentar tadi, ada satu perarakkan cina mati. Si mati diarak ke tanah kubur sambil diiringi oleh ahli keluarga dan sanak saudara. Turut mengiringi adalah murid murid sebuah sekolah. Mungkin simati merupakan pengetua sekolah terbabit.













Bila melihat ahli keluarga yang menanggis, aku teringat satu kisah yang diceritakan oleh bonda aku dulu. Menurut bonda aku, semasa dia kecil dia pernah ikut sama pura pura menanggis. Sebabnya menurut kepercayaan masyarakat cina, kalau ramai yang menanggis diatas kematian seseorang, maka mudahlah untuknya masuk syurga kerana ramai orang sayang padanya.

Bonda aku menanggis pula sebab dapat upah. Dahulu masa kecil hidup bonda aku susah. Datang dari keluarga miskin. So bila dapat upah seperti sedikit duit dan gula gula maka ramailah kanak kanak akan berpura pura menanggis.

Tetapi sekarang sudah tiada lagi perkara sebegini. Mungkin masyarakat cina sendiri sudah tidak mempercayai amalan begini. Tetapi jaranglah aku dapat lihat upacara yang besar besar. Selalunya yang buat besar ni hanya orang kaya.

Kesian juga dengan orang cina ini. Hidup susah, matipun susah. Semuanya nak pakai banyak duit. Bagi yang tak berduit dan tak berkeluarga, kubur mereka akan terbiar tanpa sesiapa yang peduli.

Tetapi lebih kasihan bagaimana keadaannya selepas mati. Kerana kita maklum dimana tempat bagi orang kafir selepas mati.

"Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar."


Tetapi ada suatu perkara yang kita lupa iaitu menghormati jenazah walaupun si mati adalah orang kafir.

Sahl bin Hunaif dan Qees bin Saad melaporkan: Sesungguhnya Nabi SAW dilintasi di hadapannya oleh satu jenazah, lalu baginda berdiri. Diberitakan kepada baginda bahawa ia adalah jenazah seorang Yahudi. Lalu baginda bersabda: “Tidakkah ia satu jiwa?”.

Direkod oleh Bukhari (no: 1250) dan Muslim (no: 961).

Ingatlah Rasullullah s.a.w pun menghormati simati walaupun yahudi, inikan kita pula yang hanya umatnya sahaja.

2 comments:

KiFli MaLLy said...

suka baca entry nie...mmg menarik...


Entry terkini : KELAB BLOGGER - BEN ASHAARI

alan said...

tq :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...