Followers

Sunday, July 11, 2010

Corat Coret

Hari khamis lepas tiba tiba aku ada banyak duit. Dan macam biasa kalau banyak duit mulalah rasa rimas. Mesti nak habiskan duit tuh. So aku pergi tukarkan duit tu dengan spring sport. Belek belek dapatlah harga rm120.00.





Sepatutnya upah pasang cuma rm60.00. Tapi entah macam mana, satu skru chamber pulak rosak. Perghh sebatang saja cecah rm18.00. Macam tak percaya sebatang skru begitu berharga. Dengan harga rm18.00 tu aku boleh dapat frappuccino. Lagi sedap.


Ok kita abaikan frappuccino. Bila siap pasang, kereta aku dah lower sikit. Sikit je tak banyak. Kalau banyak paip ekzoz aku boleh hancur cecah jalan. Tapi handling sedap sikit. Tiba tiba lepas tukar spring sport, kereta proton Type R aku terus jadi Nissan Skyline. Betul sumpah aku tipu korang.


Kereta Aku Terus Jadi Skyline

Semalam jalan jalan kat KL. Ambik kawan kat cyberjaya. Nasib baik aku bukan kerja kl. Kalau kerja KL, aku boleh kena kencing manis. Hari hari jalan jem. Highway Sg Besi saja dah buat aku migrain. Pergi balik jalan sesak. Macam mana orang masih nak duduk KL. Bukan bestpun. Dah ler panas, berdebu dan bermacam macam persundalan yang bersepah kat KL tuh.





Lepak Low Yat semata mata daftar broadband Celcom dan beli ink refiil printer. Lepas tu merayap kat Berjaya Times. Berjaya Times dah macam rumah kedua aku bila turun KL. Kalau time sekolah dulu selalu lepak KLCC.




Esok ada orang dari kementerian Belia dan Sukan nak datang ofis pulak. Aduh leceh nak sambut pegawai pegawai ni. Dah ler satu komputer tu masih problem. Harap harap diorang tak masuk tengok komputer huhuhu.

4 comments:

miss lolly a.k.a luvfareda said...

saye xnak spotrim tu.

saye nak starbaaaak :P

alan said...

beli sendiri heheeee

enyheartsdiamond said...

nak starbucks jugaaa!

alan said...

beli sendiri heh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...