Followers

Wednesday, June 09, 2010

Puteri Saadong..Apa Kejadahnya Ini

KOTA BHARU 8 Jun - Raja Tengku Putri Anis Raja Sazali, 24, yang muncul dengan pengakuan sebagai pewaris keturunan Puteri Saadong, malam ini memakai gelaran Sri Ratu Saadong Ketujuh. Di sebuah resort di sini upacara berkenaan dirancang penuh istiadat pada hari jadinya hari ini.



Ia menjadi simbolik kepada apa yang dianggapnya sebagai penemuan pencarian salasilah keturunan pemerintah Kelantan silam dan berakhirnya sumpahan tujuh keturunan ratu itu. Ia disaksikan oleh pewaris-pewaris kesultanan di pelbagai wilayah Indonesia yang hadir khusus sebagai saksi dan pernyataan memperakui Anis merupakan pewaris Puteri Saadong yang menghilangkan diri ke negara itu.

Puteri Saadong yang namanya masih menjadi sebutan rakyat Kelantan dengan mitos mengenai kesaktiannya dikatakan dikenali sebagai Puteri Hijau dan berkahwin dengan Sultan Gowa dalam pengisahan tradisi kesultanan di Indonesia.

Raja Putri Anis telah dimasyhurkan sebagai Sri Ratu Saadong Ketujuh oleh wakil raja nusantara, Kanjen Pangeran Norman Hadi Negoro dan Kanjen Mas'ud Toyyib dari Keraton Surakarta Hadiningrat, Indonesia dengan keris warisan.

Terdahulu, acara bermula dengan keberangkatan masuk seramai 20 raja-raja serta sultan nusantara dari Indonesia dan Kepulauan Papua di samping tetamu kehormat. Ia diikuti dengan Bangkit Semangat yang dipersembahkan oleh sekumpulan penari daripada badan kebudayaan tempatan kira-kira pukul 9.45 malam.

Sumber : Utusan Malaysia

Didalam zaman teknologi nano inipun masih ada orang mahu buat benda benda macam ni. Dalam beribu rakyat Kelantan, mengapa tak semua yang mengaku. Padahal semua orang boleh mengaku. Bila minta bukti, cakap saja semua bukti dah lesap. Boleh cakap tentera jepun ambil masa zaman pendudukan jepun dulu.

Apa faedahnya mereka yang mengaku keturunan ke7, ke 14 dari sultan dulu du, akupun tak tahu. Lepas ini apa pula. Nak tuntut kesultanan Kelantan pula ke. Anyway nasib dia baik sedikit dari orang yang mengaku keturunan Sultan Melaka.

Kesian juga aku tengok orang yang mengaku keturunan sultan melaka dibuat dekk je oleh orang Melaka. Walaupun dia buat majlis tarik keris Taming Sari dari sungai Duyung, tapi orang Melaka buat tak kisah langsung.


Sebab apa? Sebab semua ini cerita lama. Orang dah tak pandang semua cerita cerita salasilah lama ini. Bukan boleh beri apa apa kesenangan hiduppun pada anak cucu kalau betul nenek moyang mereka adalah raja atau pahlawan terbilang.


Zaman sekarang nak cari kerjapun kena pandai. zOrang tengok sijil kelayakkan. Bukannya tanya awak anak raja mana.

Lepas ni akupun nak istiharkan aku keturunan anak raja dewa turun dari kayangan. Rasa rasa ada orang nak percaya ke.

10 comments:

Cik Ruby said...

Tak pasti apa niat dan tujuan beliau kan. Kalau betul, takpe la, tapi kalau tak betul, errr...entah la. Ok, saya mengaku saya anak Abu Hassan Othman, orang biasa-biasa. haha~ (^__^)

Alan said...

saya keturunan nabi Adam a.s hahaha.

Anisa said...

hehehe
ntah ape2
kalau cmtu
saya keturunan hang tuah sebab name bapak saya hang tuah

heheh

Unknown said...

salam semua....sesungguhnya apa yang dilakukan oleh tengku anis kita generasi baru kerna hormati.sekurang kurangnya dia mengetahui mana asal usul nenek moyangnya.memang belum ada pembuktian kukuh menyatakan faedahnya penemuan sesuatu bukti itu..tapi disitu lah letaknya tamadun bg setiap keluarga .soal raja bukan semua boleh menyatakan mereka dr keturunan itu,kalau anda merasakan anda dr keturunan itu dan mempunyai gelaran pusaka anda buat la majlis tabalkan/pengukuhan gelar itu.kalau betul atau tidak kita sama sama saksikan hari mendatang pada si pemegang gelar itu...mohon bertanya.adakah anda tahu akan asalnya nenek moyang anda ?

alan said...

anisa: betul betul betul

husaini:emo lak

Anonymous said...

saya dah bertemu sendiri lah dgn warisni..kagum melihat kepetahan dalam berkata2 mengenai sejarah nusantara..pada malam kemunculannya juga hujan tiada henti dan memberi petanda yang baik..saya salut dgnnya krn dia mendapat perkenan para ulama yg bukan rekaan cerita tp melalui bukti2 yg ada tersimpan..sampai masa akan dipersembahkan pd kita semua ..kita xpyh nk kecoh tngu jela..saya tngk pelikla org melayu kita ni,klu inggeris kata semua angguk,tp klu muncul seseorg semua nk kritik..cuba kita pndg jgn dari sudut gelarnya tp apa yg dia bw manfaat pd bangsa,tanah air dan rakyatnya...selagi dia xganggu harta org ,,kira ok la

Anonymous said...

betul tu krn ini adalah zaman kebangkitan cuma yg mn tulin dan asli shj.tp ikut firasat warisni dah berkeliling ke bnyk negara utk menjejaki keturunan stu usaha yg murni.sekurangnya berani tampil tnpa mempedulikan tanggapan negatif dr masyarakat...syabas lah ika dia berniat benar

enyheartsdiamond said...

saya setuju dgn anonymous! :)

Anonymous said...

biasanya org tingkat profesional mrk urusan secara diam dan sekalipun ada bukti tdk dipersembah pd khalayak ramai..sbbtu rais yatim sndr serta merta nk kaji krn pasti ini cerita benar kan ?

Anonymous said...

BIbik datang soram soram ...
Atau ...
Bibik datang dengan seseorang ...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...