Followers

Tuesday, June 01, 2010

Dear Alan

Akhirnya kemelut yang melanda diriku kini telah berakhir. Setelah menukar modem sebanyak 3 kali, akhirnya masalah telah selesai. Tetapi aku masih tak pasti sama ada masalah benar benar telah berakhir atau akan terjadi semula gelombang ke dua (macam H1N1 da).

Aku tak tahu kenapa susah sangat nak settle masalah ni. Padahal aku rasa cuma modem je problem. Harap harap lepas ni tak jadi dah. Dah dekat dua minggu aku lost contact dengan dunia luar gara gara modem rosak.

Sepanjang aku lost contact dengan dunia luar, life aku macam biasa. Hari hari kerja. Cuma ahad lepas aku pergi pwtc. Memang best Youth10. Cuma rasa agak kecil berbanding tahun lepas. Tapi tetap meriah :)

Aku nak stay sampai malam tapi tak boleh sebab nak kejar bas lagi. So terpaksa ler blah pukul 6 petang. Time aku nak blah tu, Yuna baru sampai. Adeh tak sempat nak jenguk dia jap.



Anyway aku harap tahun depan aku dapat datang lagi. Maklumlah setiap tahun usia bertambah, kerja semakin banyak. Tahun ni aku dapat kerja yang mudah untuk bercuti. Tapi mana tahu tahun depan aku dah kerja lain pula, so tak dapatlah nak join.

Rata rata pengunjung memang berharap benar yang festival ini dapat dilanjutkan selama seminggu. Tiga hari mana cukup bro. Tak sempat nak join banyak benda sebab orang ramai sangat. And next year aku harap lebih banyak pihak dapat join sama terutama dari Karangkraf. Tak best ler team Remaja takde join Youth sekali.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...