Followers

Tuesday, April 06, 2010

Tak Kahwin Susah, Mau Kahwinpun Susah

Aku simpati sungguh dengan nasib Halimaton Abdul Rasyid, remaja berusia 15 tahun dari Kedah. Impiannya untuk berkahwin semakin susah. Bukan susah apa, disusahkan oleh masyarakat.

Biarlah mereka nak kawin. Bukannya mereka nak buat jenayahpun. Sebenarnya tiada masalah bagi mereka nak kawin. Alasan yang digunapakai kononnya mereka masih muda.

Hello tolong fikir balik. Kalau dah baligh, itu dah dikira dewasa. Undang undang yang manusia buat saja yang melarang gadis bawah 16 tahun berkahwin. Tapi undang undang islam tak melarang. Sekarang nak ikut siapa? Ikut islam atau ciptaan manusia?

Mak akupun kawin dulu umur 13 tahun. Rata rata perempuan ditahun 50-60 an berkahwin diusia awal remaja. Tak adapun masalah. Masyarakat sekarang terlalu mementingkan materialistik. Semua nak kerja bagus, nak duit banyak. Tapi bila fikir balik, duit tu semua tak boleh bawak masuk kubur.

Kenapa orang yang kahwin awal tak boleh berjaya dalam hidup ke? Masa depan mereka, mereka yang tentukan sendiri, bukannya masyarakat terutama orang melayu yang terlalu suka menghina orang lain.

Sudah sudahlah tu. Biarlah mereka membina hidup mereka sendiri. Ramai malah bersepah orang yang berpendidikan tinggi, bila berkahwin bercerai juga. Masa tu, alasan sebab tak belajar di universiti masih nak digunakan lagi ke?

Masyarakat hanya tahu mengata tetapi tak mahu menyelami isi hati mereka. Aku sokong mereka berkahwin. Tak menjadi masalah nak berkahwin muda tetapi jangan ler menjadi "sudin ajaib". Yang tu memang terang terang salah. Kahwin tanpa persetujuan pihak perempuan memang salah.

6 comments:

Afzainizam said...

Salam ziarah salam muhibbah dari
http://firestartingautomobil.blogspot.com/
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

warrgghhh best gak ye kawin pucuk muda .... umur 15 taun lagi bestnya... but mata orang mulut orang hati orang camner lah nak tutup...

aku rasa lagi muda lagi bagus pun... dari buat maksiat lagi lah tak patut beb...

alan said...

tau xper

Unknown Virus said...

hmm pada saya ada betol nyer cakap alan tue ,just zaman skrg nie yang banyak bende yg x menentu and sukar utk menghadapi hari2 yang mendatang.lagi2 berkahwin di usia yang muda.huhu think 1st before decide

Anonymous said...

MEREKA ADALAH REMAJA YANG BERANI, PATUT DISOKONG, DIBERI KERJASAMA,
GALAKAN DAN TUNJUK AJAR, BUKAN DITENTANG, DICEMUH ATAU DIKRITIK. MEREKA ADA NAFSU TETAPI DIMASA YANG SAMA MEREKA JUGA BERIMAN DAN TAKUTKAN TUHAN,

LIHAT PULA BERITA DIBAWAH INI:

KULIM - Seorang remaja perempuan berumur 16 tahun sanggup menyorok dalam syiling bilik bagi mengelakkan dirinya dicekup kerana berkhalwat dengan teman lelakinya dalam kejadian di Taman Selasih, petang kelmarin.

Ketika serbuan di buat kira-kira jam 2 petang, dia yang bermalam di rumah teman lelakinya yang berumur 22 tahun hingga sanggup ponteng sekolah untuk melakukan kegiatan tidak bermoral itu.

Afzainizam said...

Salam dari kami…
http://firestartingautomobil.blogspot.com
http://bukandoktorveterinar.blogspot.com/

16 tahun dah kira boleh kawin lah tu..... sebabtu lah kena kawin... jadi senang-senanglah urusan kawin tu.... butaku rasalah umur 16 taun ni zaman sekarang ni kira pra matang pasal silap sikit boleh terjebak dalam kemaksiatan...

ummmm susah gak ye

alan said...

kalau datuk nenek kita boleh bahagia kahwin awal, mengapa tidak kita. jangan lah kata zaman sudah berubah. itu bukan alasan.

kalau kata kawin muda boleh bercerai, ramai lagi mereka yang kawin lewat bercerai juga.

jadi mana silapnya?

kalau ada remaja yang ingin kawin, kita patut menyokong. Sokong mereka mendirikan masjid. Bukannya melemahkan semangat mereka untuk melakukan kebaikan.

terima kasih diatas semua komen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...