Followers

Wednesday, April 14, 2010

Minyak Syaitan Mendapat Permintaan Ramai

Sejak zaman berzaman, orang melayu cukup suka dengan pelbagai jenis barangan mistik. Ada antaranya keris, cincin, batu geliga dan minyak. Walaupun zaman telah berubah, tetapi orang melayu masih berminat dan sanggup berusaha mendapatkannya walaupun dijualkan dengan harga tak masuk akal.

Ada antaranya geliga lipan yang dikatakan mampu menolong kaki judi menang apabila berjudi. Ianya dikatakan dijual sehingga mencecah jutaan ringgit. Tapi yang bodohnya, kalau dah mampu bayar geliga lipan sampai berjuta ringgit, buat apa lagi nak berjudi. Tetapi itulah orang melayu ni bodohnya mengalahkan keldai.

Terbaru minyak cenuai atau pengasih masih mendapat tempat dihati orang melayu. Ianya dijual di Terengganu dan mendapat sambutan dari para remaja. Minyak ini yang dijual berharga rm 450 laris kerana sering digunakan oleh golongan pelajar dan remaja untuk memikat wanita.

Minyak itu yang ternyata menggunakan syaitan apabila penjualnya mengaku akan menitiskan darah pelanggan kedalam minyak disamping membaca jampi mentera. Bertambah bodoh, yang menjualnya adalah wanita melayu bernama Nor Rohani Yusuf.


Wanita Islam Menjual Minyak Syaitan

Inilah realiti masyarakat melayu. Walaupun sudah berpendidikan tinggi tetapi masih bergantung kepada syaitan dan iblis untuk meminta pertolongan. Diharap Jabatan Agama Islam Terengganu segera bertindak dan menangkap penjual minyak ini kerana ianya jelas syirik dan terpesong dari ajaran islam.

4 comments:

aShaBuLz said...

apa la nak jadi....diorang ni takdak akal kot. ntah2 dia amik minyak itam bubuh dalam botol kata minyak pengasih...bagus la tu...sama2 bodo...yang jual ngan yang membeli..heh

Anonymous said...

ashabulz ... jangan cakap takbur dan menghina orang lain.

apa salahnya kalau demi untuk menyelamatkan rumahtangga yang dibina puluhan tahun...

kalu budak muda IPT tu lain lah...

alan said...

aku setuju dgn ko ashabul..benda benda ni tetap tak baik walaupun bertujuan untuk rumahtangga.

Madiha Ilham said...

apa pun tujuannya, kalau dah involve syaitan jin iblis dan seangkatan dengannya, mana elok.
niat tak menghalalkan cara. kalau macam tu halal lah Robin Hood mencuri nak tolong org miskin kan??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...