Followers

Wednesday, March 17, 2010

Upacara Tarik Duit

Orang melayu cukup sinonim dengan kerja khurafat. Salah satunya ialah tarik duit. Ada pelbagai kaedah atau method yang digunakan. Ada menggunakan geliga lipan, duit lama, barangan lama seperti keris, cerek atau periuk.



Ada juga yang menurun dikubur lama, busut ataupun didalam hutan. Biasanya mereka memerlukan bantuan tok bomoh untuk menjalankan projek ini. Cara dan kelengkapan berbeza mengikut pendidikan bomoh terbabit.


Walaupun ramai yang menjalankan projek tarik duit, tidak semuanya berjaya. Banyak yang terpedaya dengan helah bermadah tok bomoh. Ada juga yang gila apabila proses menarik duit terganggu.

Walaupun berjaya, sebenarnya mereka juga tidak kaya. Cuma dapat beberapa urat gelang emas, batu nilam ataupun barang barang lama yang ntah apa apa. Biasalah tarik duit ini sebenarnya dibuat oleh makhluk ghaib. Makhluk ghaib inipun bukanlah kaya manapun.

Sehingga sekarang aku masih mencari sesiapa yang boleh membuat tarik duit bukan dengan mendapatkan barangan lama sebaliknya mendapatkan duit betul. Dan aku hendak duit itu didalam USD ataupun Pound Sterling.

Kalau ada tok bomoh yang boleh tarik USD atau Pound Sterling, memang betul aku respek ler sama tok bomoh tu. Memang tok bomoh tu terer dalam bidang forex.

Buat masa sekarang aku juga boleh buat tarik duit tetapi didalam nilai ringgit. Aku cuma memerlukan sekeping kad plastik saja. Tak percaya aku boleh tarik duit dengan kad plastik?


alat untuk menarik duit zaman sekarang

Tak perlu kemenyan, tak perlu menjadi syirik. Aku cuma guna kad plastik, pergi mana mana bank berdekatan dan kemudian cucuk dislot yang disediakan. Letak je berapa amaun yang diperlukan.

Insyaallah mesti berjaya menarik duit keluar. Tetapi ada juga pantangnya. Pantangnya tak susah, cuma kenalah duit dalam akaun baru boleh buat tarik duit. Kalau tak, jin dalam tu cakap "maaf wang anda tidak mengcukupi untuk membuat traksaksi ini."

Mudah kan untuk menarik duit dimasa sekarang. So tunggu apa lagi. Pergilah try dimana mana bank berdekatan anda.

2 comments:

comel said...

rezki bukan datang bergolek...
mau usaha
dan matlamat untuk dapatkan duit bukan boleh halalkan usaha untuk dapatkan duit...

azahar said...

aku dah letih usaha bro dah 20 tahun usaha tak mahu jugak aku dah hampir kecewa.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...