Followers

Sunday, March 28, 2010

Melayu Bebal - Segmen Terjah

Kalau korang baca Kosmo hari ni, pasti korang akan nampak satu berita tentang seorang lelaki yang membela anjing. Ala ini semua sebab ada cerita pasal artis melayu yang peluk anjing minggu lepas. Biasalah taktik media nak lariskan jualan paper. Jangan layan sangat media ni.

Anyway dia ni, Muzaffar Kaisar Ishak sebenarnya bermahzab Maliki. Tetapi biasalah orang melayu kat Malaysia ni kadang kdang sentimen macam yahudi. Selalu rasa terlebih islam dari orang lain. Tak percaya korang tengoklah parti PAS. Parti politik yang bertopengkan islam.



Majoriti orang melayu sini bermahzah Syafiee. Tapi aku tak kisahlah. Masalahnya orang melayu ni akan berasa pelik, aneh atau selak (kata budak2 aku) kalau tengok orang lain sedikit berlainan cara hidup mereka.

Mereka sentiasa ingat semua orang kat Malaysia ni bermahzab Syafiee sedangkan ada ramai juga yang bermahzab Hambali, Maliki dan Hanafi. Cuma mereka ini tidaklah menonjolkan diri saja.

Aku juga bermahzab Syafiee sebab tu aku tak bela anjing. Tapi itu tak membenarkan aku untuk menghina dan memaki hamun orang bermahzab Maliki, Hambali atau Hanafi. Aku hormat pendirian mereka kerana mereka juga adalah saudara seagama aku. Sama sama orang islam.

Pegangan mahzab tidak membezakan dan mengkafirkan kita. Mahzab bukan penentu kita akan masuk syurga atau tidak. Cuma amalan dan pengadilan dari Allah s.w.t di akhirat kelak yang menentukan kemana kita selepas mati.

So buat orang yang tak mengerti dan kenal orang lain, lebih baik tutup mulut dan jangan menghina orang lain. Janganlah korang mengganggap diri anda bermahzab Syafiee, maka korang lebih baik dan mulia dari orang lain. Pigirahhh!

Untuk maklumat lanjut atau untuk mengenali saudara Muzaffar Kaisar, korang boleh layari MKI (klik sini)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...